web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bergaduh Tepi Jalan, 5 Individu Ditahan - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 6:52PM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan dua lelaki sedang bertengkar di tepi jalan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan lima individu termasuk seorang perempuan semalam, kerana disyaki terlibat dalam satu pergaduhan di tepi jalan raya di kawasan Bulatan Taman Seraya, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian pada jam 4.30 petang Selasa lalu itu dipercayai berlaku berpunca daripada salah faham ketika menggunakan jalan raya dan kurang sikap bertolak ansur sehingga menyebabkan pergaduhan.

“Ketika kejadian, dua beranak lelaki yang menaiki lori dari perjalanan ke tempat kerja berselisih dengan sebuah Perodua Myvi, dinaiki dua lelaki dan seorang wanita.

“Pemandu lori berusia 48 tahun itu bertindak menyekat kereta berkenaan dan mengarahkan mereka berhenti sehingga berlaku pertengkaran serta pergelutan antara kedua-dua belah pihak,” katanya hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua pihak ada memegang payung dan gergaji sebagai senjata semasa kejadian berlaku.

Tambah beliau, pihaknya merampas sebuah lori dan sebuah motokar serta senjata yang digunakan semasa kejadian.

“Pihak polis menerima laporan daripada pemandu lori yang bekerja sebagai kontraktor pendawaian dan kejadian itu turut tular di media sosial Facebook.

“Susulan itu, polis menahan kelima-lima individu berusia antara 16 hingga 48 tahun pada 7.30 hingga 9 malam semalam di Taman Bukit Teratai dan Taman Pandan Mewah,” ujarnya.

Katanya, kesemua mereka akan direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tular sebuah video yang berdurasi 13 saat di media sosial yang memaparkan sekumpulan individu bergaduh di tepi jalan raya pada Selasa lalu. - Getaran, 25 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 17 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad