web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ah Long; Institusi Islam Perlu Luas Peranan Bantu Mangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2021 10:04AM

Nadzim Johan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rantaian permasalahan membabitkan pinjaman wang daripada Ah Long perlu menjadi pemangkin untuk semua institusi berlandaskan Islam di negara ini memperluaskan peranan masing-masing sebagai pusat bantuan sehenti, khusus membantu golongan berpendapatan rendah di kawasan setempat.

Peranan masjid misalnya, perlu dikembalikan seperti di zaman Khulafa Ar Rashidin, iaitu medan penyatuan semua umat Islam dan dan pusat pentadbiran komuniti, sesuai dengan statusnya yang amat dekat dalam kalangan masyarakat Muslim tempatan.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, masjid pada dasarnya adalah institusi paling sesuai dijadikan pusat bantuan kepada golongan berpendapatan rendah, bukan sekadar rumah ibadah atau lokasi acara berbentuk keagamaan semata-mata.

"Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid perlu menubuhkan sukarelawan untuk membantu masyarakat komuniti yang susah dan memerlukan.

"Kewujudan masjid di hampir setiap komuniti memudahkan mereka mengenal pasti keluarga miskin yang memerlukan bantuan, sekali gus melancarkan pemberian bantuan  mengikut saluran sebenar, tanpa terganggu dengan pelbagai kerenah birokrasi," katanya kepada Getaran di sini baru-baru ini.

Nadzim, mesra dikenali sebagai Tok Ki mendedahkan, majoriti peminjam Ah Long pada asalnya hanya membuat pinjaman pada jumlah yang kecil, namun pada akhirnya terjerat dengan nilai faedah yang tidak masuk akal, hingga menjerut leher sendiri.

"Saya melihat adalah wajar dan lebih afdal, jika pengurusan masjid ini dapat membantu peminjam menyelesaikan kemelut kewangan masing-masing, selepas terjebak dengan jerat Ah Long sehingga meletakkan keluarga mereka dalam risiko.

"Kita sedia maklum, komuniti Islam yang berdepan masalah kewangan boleh memohon sumbangan zakat, namun kerenah birokrasi itu terlalu amat menyusahkan, sehingga mengakibatkan mereka beralih kepada pinjaman Ah Long," katanya.

Kerajaan dalam hal ini jelas beliau, perlu menubuhkan pasukan khas bagi meneliti isu berkenaan dengan terperinci, bagi membantu mewujudkan jalan penyelesaian secara lebih holistik.

"Mungkin Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal, masjid dan syarikat korporat boleh bekerjasama untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah ini.

"Apa sahaja isu membabitkan Ah Long ini perlu ditangani dengan serius kerana ia semakin membimbangkan dan meningkat saban tahun," katanya.- Getaran, 30 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah