web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Fasih Bahasa Kebangsaan, Pelan Perpaduan Negara 'Bungkus' Tengah Jalan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 8:56AM

Generasi muda seawal tadika, sekolah rendah dan menengah perlu dipasak dengan unsur perpaduan sejati jika kerajaan mahukan ‘Keluarga Malaysia’ yang bersatu padu. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Matlamat Pelan Perpaduan Negara tidak akan tercapai sekiranya kerajaan hanya sekadar melaksanakan program semata-mata dan tidak menyelesaikan perkara asas yang menjadi tunjang utama permasalahan penggunaan bahasa Malaysia.

Presiden Pertubuhan Gerakan Qiam (QIAM), Datuk Sirajuddin Salleh berkata, pemimpin pelbagai kaum di negara ini perlu ‘ikhlas’ dan bersungguh ke arah usaha berkenaan, selari dengan aspirasi yang dibawa oleh pimpinan terdahulu ketika Malaysia mencapai kemerdekaan.

Sirajuddin Salleh
Sirajuddin Salleh

Menurut beliau, menjadi keutamaan kepada semua ahli politik untuk memahami perpaduan negara yang perlu berteraskan kepada bangsa Melayu, termasuk beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Tegasnya, bahasa dan kebudayaan bangsa Melayu itu hendaklah diterima dan turut disambut oleh semua kaum di negara ini. 

“Hari ini tanyalah pemimpin pelbagai kaum, apakah mereka benar-benar mahukan perpaduan negara? Mahukah utamakan teras perpaduan kepada bangsa Melayu? Ataupun mereka lebih bersungguh-sungguh memajukan bahasa dan budaya kaum sendiri.

“Kerajaan harus lihat masih ramai lagi rakyat kelahiran selepas merdeka yang tidak tahu bahasa Melayu. Selagi tidak ada jawapan yang tulus ikhlas dari ketua-ketua kaum ini, QIAM khuatir perpaduan negara tidak akan tercapai,” katanya kepada Getaran, ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu adalah usaha untuk mengembalikan semula impian asal mengenai perpaduan yang tersurat dalam lima prinsip Rukun Negara.

Rukun negara
Rukun negara

Menurut beliau, Rukun Negara merupakan dokumen asas tatacara kehidupan bermasyarakat warga Malaysia yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970, bertujuan membina perpaduan kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, berlandaskan kesepaduan dan keharmonian antara kaum menerusi prinsip-prinsip terkandung di dalamnya.

Dalam pada itu, walaupun menghargai usaha dilakukan kerajaan, Sirajuddin menyifatkan semua dasar dan program perpaduan sejak pentabdiran kerajaan selepas merdeka ibarat usaha merawat dan menjernihkan air di kuala sungai.

“Selagi air yang mengalir dari hulu itu keruh dan kotor, selagi itulah air di kuala sungai tidak dapat dijernihkan.

“Ini bermakna, selagi generasi baru yang masuk ke dalam masyarakat pada setiap tahun itu tidak disemaikan dengan jiwa perpaduan, selagi itulah perpaduan negara sebenar gagal wujud dalam ertikata sebenarnya,” katanya.

Beliau menarik perhatian, generasi muda seawal tadika, sekolah rendah dan menengah perlu dipasak dengan unsur perpaduan sejati jika kerajaan mahukan ‘Keluarga Malaysia’ yang bersatu padu.

Sirajuddin mencadangkan, semua pelajar tanpa mengira kaum dan agama perlu disatukan serta diserap ke dalam sekolah kebangsaan.

“Di bawah sistem satu aliran kebangsaan ini, semua kanak-kanak Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban dan lain-lain bergaul dan belajar bersama, sekurang-kurangnya selama 12 tahun dengan kurikulum sama.

“Dengan cara ini sahajalah, pada setiap tahun kita akan mendapat golongan generasi baru yang bersatu bak air dari hulu sungai yang jernih dan bersih,” katanya. - Getaran, 2 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi