web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembangunan Modal Insan, Kemahiran Dilaksana Sepenuhnya Oleh KSM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 6:03PM

Ismail Sabri (tengah) pada Majlis Pelancaran Jenama Baharu HRD Corp di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menetapkan bahawa semua program pembangunan modal insan dan kemahiran akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penjenamaan semula Human Resource Development Organisation (HRD Corp) di bawah kementerian berkenaan mampu memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi yang berteraskan ekonomi digital.

Sehubungan itu, organisasi berkenaan bakal menjadi agensi utama bagi mengurus Platform Sehenti Kebangsaan (UpskillMalaysia) untuk semua program peningkatan kemahiran yang ditawarkan kerajaan.

"Sehingga kini, lebih 200 program dalam 35 bidang ditawarkan oleh 28 Kementerian dan agensi menerusi platform terbabit. Usaha ini akan diterjemah melalui platform single window bagi rakyat mencari program yang ditawarkan kerajaan.

"Insiatif ini akan mampu diakses oleh lebih 1 juta rakyat menjelang tahun hadapan dan kerajaan menyasarkan sebanyak 5,000 kursus bakal ditawarkan dan 220, 000 pelatih bakal menyertai program tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian UpskillMalaysia dan penjenamaan baharu HRDF kepada HRD Corp di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, M Saravanan; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim.

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Alif Omar
Ismail Sabri Yaakob - Gambar Alif Omar

Dalam perkembangan berkaitan Perdana Menteri berkata, HRD Corp memainkan peranan kritikal dalam membentuk tenaga pekerja berkemahiran tinggi melalui pelbagai latihan.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Bera mengharapkan agar organisasi itu komited untuk berusaha sebaiknya menyediakan program yang berkualiti dalam pembangunan modal insan, bagi memberi manfaat positif kepada rakyat.

Peranan HRD Corp jelasnya, menjadi semakin penting sejak 18 bulan lalu apabila pelbagai program akan diperkenalkan bagi melindungi pekerjaan sedia ada dan mencipta peluang kerjaya baharu.

"Di samping itu, HRD Corp juga terus memperkasakan levi dan pemberian dana program kemahiran latihan oleh majikan berdaftar, melibatkan pengagihan hampir RM420 juta.

"Perkara ini selaras dengan Akta PSMB 2001 yang menyaksikan bilangan majikan berdaftar dengan HRD Corp meningkat kepada 60,400 berbanding 30,000 sebelum ini,"katanya.

Ismail Sabri menyaksikan pelancaran jenama baru HRD Corp di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Alif Omar
Ismail Sabri menyaksikan pelancaran jenama baru HRD Corp di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Alif Omar

Sementara itu Saravanan berkata, platform UpskillMalaysia membolehkan individu untuk merancang serta merekodkan pengalaman, di samping meneroka pelbagai pilihan latihan kemahiran dan padanan terhadap kursus yang bersesuaian.

"Tujuan utama diwujudkan sudah pastinya untuk memacu program latihan dan pembangunan keluarga Malaysia dengan lebih tersusun, komprehensif dan bersepadu.

"Ini sekaligus dapat memastikan peningkatan kebolehan modal insan serta pemulihan ekonomi negara berjalan dengan lancar, selaras dengan aspirasi kerajaan," katanya. - Getaran, 2 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang