web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kematian Tahanan Dan Banduan Dalam Lokap, PDRM Tubuh USJKT

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 4:13PM

Hamzah berucap pada Majlis Pelancaran Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari Menteri Dalam Negeri di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim Pusat Latihan Polis (PULAPOL) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) bagi menyiasat dan mengendalikan kes kematian melibatkan tahanan polis pada masa akan datang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata, USJKT akan memulakan operasinya bermula 1 Januari ini di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan akan membantu kerajaan dalam meningkatkan integriti serta imej pasukan polis.

“Kita sering menerima rungutan tentang kematian tahanan, termasuk yang di dalam lokap, oleh itu kita sedang merancang untuk penambahbaikan dalam pasukan polis termasuk bagi menangani kes jenayah seksual dan kecederaan melibatkan golongan berkenaan.

“Atas dasar ini, kementerian putuskan untuk mewujudkan satu lagi unit di bawah JIPS,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Menurut Hamzah, penubuhan unit baharu itu adalah sebagai tandai keprihatinan PDRM terhadap segala rungutan dan kebimbangan yang sering diluahkan rakyat mengenai insiden kematian dalam tahanan.

“Unit ini akan diketuai oleh seorang pegawai polis berpangkat Superintendan dan membariskan 13 anggota, termasuk seorang penjawat awam.

“Unit ini akan memberi tumpuan kepada siasatan telus pihak polis dalam kes jenayah, mengenal pasti suspek, kecuaian, kelalaian anggota serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan arahan yang dikeluarkan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain Hamzah berkata, sebanyak 176 kes kematian dilaporkan dengan 82 daripadanya membabitkan kematian dalam lokap, manakala 94 lagi dalam tahanan sejak 2015 hingga 2021.

Semua kematian itu bagaimanapun tegas beliau, sama sekali tidak melibatkan sebarang elemen perkauman kerana jumlah tertinggi sebenarnya melibatkan bangsa Melayu.

“Ia (kematian) tidak ada kena mengena dengan jantina serta perkauman, sebaliknya ia adalah perkara yang tak boleh dielakkan atas pelbagai faktor antaranya penyakit tertentu,” katanya.

Tambah Hamzah, pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk melantik doktor panel bagi membolehkan mana-mana individu yang ditahan polis dirujuk segera ke klinik swasta jika mengalami masalah kesihatan.

“Jika ikutkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada, kita perlu menunggu doktor atau pegawai perubatan dihantar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan mengambil masa yang lama.

“Jika khidmat doktor panel klinik swasta dibenarkan, maka tahanan boleh dirujuk segera untuk mengetahui status kesihatan mereka sebelum dipindahkan ke lokap,” katanya. - Getaran, 6 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 16 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad