web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rapatkan Saf Di Masjid, Surau Tidak Akan Wujudkan Kluster Baharu - Pakar Kesihatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Dec 2021 9:41AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya saf untuk solat berjemaah di masjid dan surau dirapatkan semula.

Seruan itu ditegaskan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar yang berpandangan, tiada lagi keperluan bagi melaksanakan penjarakan sosial ketika solat berjemaah di rumah ibadat Islam.

Menurut beliau, prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) antara masjid dan surau berbanding sektor lain ketika ini ternyata memiliki perbezaan yang amat ketara.

“Dari segi pandangan teknikal, ramai pakar kesihatan awam berpendapat ada sesetengah tempat sudah boleh dirapatkan semula saf solat berjemaah di masjid dan surau, seperti kebenaran di kenderaan awam yang tiada lagi penjarakan sosial.

“Kalau tidak dibenarkan di masjid utama, boleh gunakan dahulu masjid atau surau-surau kecil sebagai percubaan namun pastikan semua jemaah menerima vaksin lengkap dan pelitup muka itu wajib dipakai ketika solat,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Terdahulu, Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan tindakan KKM membuktikan seolah-olah wujud diskriminasi keputusan melibatkan SOP di masjid dan surau.

Menurut beliau, kerajaan seolah-olah hanya mewujudkan alasan yang membuatkan beliau musykil terhadap perbezaan layanan SOP itu.

Sehubungan itu, Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza menggesa KKM membuat penilaian semula berkenaan SOP di masjid dengan memberi layanan yang sama.

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Dr Zainal turut berpandangan serupa, memohon agar kerajaan mengkaji semula isu penjarakan saf yang masanya lebih singkat tidak boleh dirapatkan berbanding aktiviti lain sehingga menjadi pertikaian orang ramai.

Beliau berkata, penelitian tersebut perlu kerana Malaysia sudah menunjukkan penurunan bilangan kes semasa COVID-19, manakala hampir keseluruhan populasi rakyat di negara ini telah menerima vaksin lengkap.

“Kes itu akan tetap ada dan mustahil untuk kita capai sifar kes. Ketika ini, jangkitan terkini COVID-19 sekitar 4,000 namun untuk kita capai 3,000 atau 2,000 amat sukar ketika ini

“Kerana itu pentingnya kita divaksin. Kalau dilihat berdasarkan pengalaman di stadium, mahupun pilihanraya, tiada pun berlakunya kluster-kluster besar. Jadi, kita yakin kalau buka masjid dan rapatkan saf ketika berjemaah, tidak akan wujudnya kluster baharu,” katanya.

Sementara itu Dr Zainal menegaskan, KKM perlu memberi penjelasan sekiranya SOP berkenaan masih lagi belum difikirkan sesuai untuk diubah bagi mengelakkan fitnah terhadap kerajaan.

“Saya berpendapat tindakan kerajaan ketika ini terlebih berhati-hati atau mungkin mempunyai sebab-sebab lain seperti polemik politik atau mereka takut jika terjadi sesuatu isu, kerajaan akan dipersalahkan.

“Namun, sampai bila nak ditahan perkara ini. Jadi, KKM dan Majlis Agama di setiap negeri perlu melakukan perbincangan termasuklah pakar-pakar kesihatan seperti kami yang sememangnya terbuka untuk memberikan pandangan terhadap perkara ini,” katanya. - Getaran, 8 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi