web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib Masih Berdolak Dalih, Mengaku Tidak Salah Seleweng RM42 juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Dec 2021 3:07PM

Najib kecewa dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih berdolak-dalih mengaku tidak bersalah walaupun Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonannya untuk mengenepikan tujuh pertuduhan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Malah Najib sekali lagi bersumpah mengatakan dirinya tidak tahu tentang dana berjumlah RM42 juta milik SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi miliknya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, dia juga tidak pernah sesekali mengarahkan sesiapa memasukkan RM42 juta ke dalam akaun berkenaan.

“Saya amat kecewa dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan pagi tadi, saya telah minta pasukan bela saya buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dengan segera.

“Sebagai seorang yang beragama Islam, atas nama Allah, saya tidak pernah minta atau mengarahkan sesiapa untuk memasukkan RM42 juta masuk ke dalam akaun peribadi saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas secara aplikasi Zoom yang turut disertai peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International selepas menolak rayuan Najib.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.

Mahkamah mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas alasan hukuman dikenakan adalah wajar dan bersesuaian.

Dalam pada itu, Najib meluahkan kekecewaan dengan kenyataan hakim Mahkamah Rayuan yang menyifatkan beliau memalukan negara, selepas mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau menegaskan sepanjang berada dalam kerajaan, kepentingan negara sentiasa diberi keutamaan dan penekanan.

“Sepanjang penggal saya, jumlah aset negara meningkat daripada RM800 juta kepada RM2 trilion. Oleh itu, saya mencipta banyak kekayaan (untuk negara),” katanya

Sementara itu, Najib cuba melakukan provokasi dengan mencari salah pembangkang, apabila meminta kes yang digugurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Tan Sri Tommy Thomas menjadi peguam negara sebelum ini juga diteruskan oleh Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, antaranya adalah ‘skandal forex’ yang sehingga kini tidak menyaksikan mana-mana individu didakwa atau didapati bertanggungjawab ke atas kehilangan sejumlah besar dana.

“Skandal forex menyaksikan sejarah apabila Kerajaan PH menarik balik siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ketika saya menjadi Perdana Menteri.

“Tiada seorang pun pernah didakwa dalam skandal paling besar negara ini dan satu sen pun wang yang hilang tak pernah dikembalikan di samping tiada tindakan susulan pun diambil sehingga kini,” katanya.

‘Skandal forex’ merujuk kepada kerugian tukaran wang asing berjumlah RM31.5 bilion membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dari 1991 hingga 1994 semasa negara diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Getaran, 8 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi