web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JSPT Lancar Operasi, 20 Individu Dicekup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Dec 2021 3:05PM

JSPT juga mengeluarkan 251 saman atas pelbagai kesalahan dan menyita enam buah motosikal kerana tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. - Gambar dari Facebook JSPT KL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 20 individu ditahan atas pelbagai kesalahan trafik dalam Ops Samseng Jalanan dan Ops Motosikal yang dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di sekitar ibu kota, semalam.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi yang bermula pada jam 9 malam itu bermula Jumaat lalu dengan kekuatan sembilan pegawai kanan dan 68 pegawai rendah di sekitar pusat bandar, Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut, Jalan Chow Kit, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

“Empat individu ditahan kerana menunggang dalam keadaan berbahaya dan melakukan aksi zig-zag, roket, superman, serta bersaing.

“Kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya hari ini.

Menurut beliau, seorang lelaki berusia 30 tahun pula ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 50(3) APJ 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119(2) APJ 1987 kerana mendesak mana-mana orang lain berkenaan penjagaan kenderaan.

“Tangkapan terakhir melibatkan 15 lelaki yang berumur dalam lingkungan 21 hingga 55 tahun menurut Seksyen 45(A) APJ 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Sarifudin berkata, pihaknya turut mengeluarkan 251 saman atas pelbagai kesalahan dan menyita enam buah motosikal kerana tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Kesemua motosikal yang disita akan diambil tindakan di bawah Seksyen 64 APJ 1987 kerana mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

“Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah seksyen yang sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak JSPT akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat berhubung perkara ini boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. - Getaran, 12 December 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini