web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masih Ada Ruang Nasihati Remaja Membuli - Afdlin Shauki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 6:06PM

Afdlin Shauki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masih ada ruang untuk menasihati remaja yang terlibat dalam kes buli di institusi pendidikan, termasuk yang berlaku baru-baru ini, kata Pengarah Filem terkemuka, Datuk Afdlin Shauki Aksan.

Menurut beliau, perkara tersebut sudah lama berlaku malah menjadi satu budaya yang telah dinormalisasikan.

“Pada zaman ini masih lagi, dari dulu sebenarnya ada budaya membuli, dan perkara ini diturunkan ke generasi seterusnya.

“Budaya membuli ini  tidak berfaedah dan tidak berguna atau dapat membantu sesiapa, walaupun terdapat segelintir yang berpendapat pentingnya senioriti dikekalkan,” katanya dalam satu wawancara di Sumberkini.

Afdlin yang juga seorang aktor berkata, selain daripada hukuman yang dikenakan terhadap pembuli, kerajaan harus memikirkan kaedah terbaik untuk mengawal gejala tersebut daripada terus berlarutan.

Tambah beliau, hukuman berat tidak akan membendung gejala membuli malah dikhuatiri akan menjadi satu amalan yang tidak patut dicontohi.

“Mereka yang membuli ini kena diberikan kaunseling, ataupun peluang untuk berubah. Kita tidak harus menghukum mereka. Kalau orang dewasa itu perkara lain.

“Mereka masih budak lagi, jadi biarlah melentur buluh daripada rebung.

“Kita tegur mereka, kita beri kaunseling dan beri ruang untuk mereka berubah.

“Jadi kes membuli di peringkat awal sebegini kita buat secara elok dahulu. Kita tidak perlu menangani budaya membuli secara keras dan menjadikan itu sebagai budaya yang mereka ingat sampai bila-bila,” katanya.

Jelas Afdlin, institusi keluarga yang dipupuk dengan kasih sayang mampu memberi kesedaran kepada pembuli untuk tidak meneruskan perlakuan itu apabila menginjak dewasa.

“Saya merasakan kita perlu lakukan lebih banyak lagi, kena cari kaedah lain supaya gejala buli ini dapat dihapuskan,” katanya. - Getaran 12 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

3

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Polis Tahan Dua Pelajar Buli Rakan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kes Buli MCKK Sedang Disiasat, Polis Sudah Terima Laporan Pada September - Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global