web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Memorandum Jika Kerajaan Masih Berdegil Pinda RUU Akta 342 - ABIM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 8:47AM

Pindaan Akta 342 antara lain ialah menaikkan denda sehingga RM100,000 berbanding RM1,000 ketika ini dan antara kesalahannya adalah tidak memakai pelitup muka. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan buat kerajaan meminda Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim yang memandang serius hukuman berkenaan, kerana menyifatkan ia sebagai tidak munasabah dan satu kekejaman terhadap rakyat.

Zairudin Hashim
Zairudin Hashim

Menurut beliau, adalah tidak wajar melaksanakan tindakan sekeras itu, hanya kerana mahu memastikan orang ramai mematuhi peraturan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Tegasnya, pindaan akta berkenaan bakal mengundang padah dan memberi impak besar kepada rakyat yang baru menarik nafas lega setelah hampir semua aktiviti kembali dibuka. 

“Kerajaan perlu bersama-sama rakyat ketika ini untuk menggerakan isu ekonomi daripada meminda undang-udang yang akhirnya tidak menguntungkan kerajaan, malah, menimbulkan kemarahan rakyat kerana sedang tertekan ketika ini.

“Ini bukan masanya untuk menghukum, namun penerangan tentang SOP sedia ada itu perlu dilakukan secara menyeluruh kerana masih ramai khususnya mereka yang menetap di kawasan pendalaman masih tidak memahami sepenuhnya peraturan ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Cadangan pindaan itu akan memberikan peruntukan kepada KKM untuk menaikkan denda salah laku Akta 342 yang akan dikenakan pada kadar lebih tinggi, sehingga RM100,000 berbanding RM1,000 ketika ini,  manakala syarikat korporat boleh berdepan kompaun sehingga RM2 juta.

Denda tersebut akan dikenakan terhadap mana-mana kesalahan seperti tidak memakai pelitup muka atau kegagalan mengamalkan penjarakan sosial, pelanggaran perintah kuarantin dan terlibat dalam acara yang dilarang membabitkan kehadiran ramai orang serta bersesak di sesuatu kawasan.

Dalam pada itu, Zairuddin berkata, jika pihak penguat kuasa gagal menggunakan pertimbangan wajar dan bersikap mencari kesalahan, maka akan ramai yang berdepan masalah apabila Akta 342 dilaksanakan.

Pada masa sama beliau menegaskan, pindaan akta itu jika diluluskan akan mewujudkan lagi komuniti ‘kluster kayangan’ dan berlakunya penguatkuasaan antara dua darjat yang membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

“Kerajaan arahkan rakyat untuk tidak sertai himpunan beramai-ramai namun kerajaan sendiri membuat sambutan bulan Keluarga Malaysia sehingga berlakunya pelanggaran SOP. Kerajaan pula hanya sekadar minta maaf dan menyalahkan pihak penganjur sedangkan kesalahan itu sebenarnya terletak di bahu mereka.

“Kita tidak kisah denda di samping hukuman itu dikenakan namun haruslah setimpal dan bukannya lebih teruk daripada hukuman membunuh ataupun menculik. Bagi ABIM, pindaan terbabit akan menambah derita rakyat serta menzalimi sistem dan institusi itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, ABIM turut melancarkan petisyen atas talian ‘Tolak Pindaan Akta 342’ yang berjaya mengumpulkan 19,066 tandatangan setakat 8.45 pagi tadi.

Mengulas lanjut perkara itu Zairudin berkata, undian terbabit dilakukan bagi membolehkan ABIM mengetahui jika  pindaan akta tersebut ditolak orang ramai, khususnya rakyat golongan bawahan.

Sehubungan itu beliau menegaskan, satu memorandum akan diserahkan pihaknya kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan segera jika kerajaan masih berdegil untuk melaksanaan pindaan akta berkenaan.

“Kalau nak buat dasar, perlu berunding dahulu namun sehingga kini tiada konsultasi jelas bila nak buat pindaan undang-undang di Parlimen. Seharusnya, kerajaan beri penerangan jika pindaan itu wajar atau tidak dilakukan kepada rakyat Malaysia.

“Selain kerajaan, diharapkan semua pihak juga memainkan peranaan dalam mematuhi dan memberi pengetahuan lebih teliti terhadap SOP. Sebagai contoh, penceramah di masjid boleh tekankan berkenaan bahaya COVID-19. Justeru, pendidikan mahupun advokasi kepada rakyat itu menjadi kepentingan utama berbanding memperkasakan hukuman,” katanya. - Getaran, 18 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi