web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perkhidmatan Komuter, KTM Kargo Terjejas Akibat Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 3:51PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan tren KTM Komuter bagi laluan KL Sentral menuju ke Pelabuhan Klang telah mengalami gangguan ekoran banjir kilat di antara Stesen Batu Tiga ke Stesen Pelabuhan Klang.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan berkata, tren dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang akan ditamatkan di Stesen Subang Jaya sebelum berpatah balik ke KL Sentral.

“Tiada perkhidmatan dari Stesen Batu Tiga menuju ke Stesen Pelabuhan Klang atau sebaliknya, berikutan banjir serta tanah mendap di antara Padang Jawa dan Shah Alam.

“Semua tren kargo dari Pelabuhan Klang akan digantung sementara sehingga parasair di Stesen Batu Tiga kembali surut dan landasan di sektor Padang Jawa dan Shah Alam kembali pulih,” katanya hari ini.

KTMB memaklumkan penumpang yang terjejas boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh atau menukar tarikh perjalanan melalui e-wallet KITS dan di kaunter mengikut terma serta syarat.

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari Facebook rasmi KTMB,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha berkata, hujan lebat sejak semalam telah menyebabkan beberapa operasi tren terjejas di sektor Pantai Timur dan Lembah Klang.

“Oleh itu, kami terpaksa membatalkan beberapa perkhidmatan tren demi keselamatan penumpang.

“Angin kuat telah menyebabkan pokok tumbang dan merosakkan alat talian atas, landasan juga ditenggelami air di beberapa tempat yang menyebabkan kelewatan serta pembatalan tren,” katanya

Sehubungan itu, Mohd Zain memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pihaknya. - Getaran, 19 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah