web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Bangi Berkayak Bantu Mangsa Banjir Taman Sri Muda

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 1:45PM

Kian Ming (topi merah) membantu penduduk Taman Sri Muda yang terkandas kerana banjir. - Gambar ihsan Ong Kian Ming

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun pelbagai aset pasukan keselamatan dan agensi lain digerakkan bagi membantu mangsa banjir, namun masih ramai penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam yang masih terperangkap dan memerlukan bantuan.

Keadaan itu membuatkan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming bergegas ke kawasan perumahan berkenaan sejak semalam, bagi membantu mereka yang terkandas dengan menggunakan kayak kerana ditenggelami air yang mencecah ketinggian sehingga lapan kaki.

Beliau berkata, dengan 15 perjalanan selama lebih empat jam, beliau berjaya menyelamatkan 40 mangsa terdiri daripada warga emas, OKU dan kanak-kanak manakala 20 lagi dibawa keluar oleh sukarelawan DAP Bangi.

“Oleh kerana saya seorang pendayung kayak yang berpengalaman (kira-kira 20 perjalanan) di sepanjang Sungai Klang, Gombak dan Hulu Langat sejak enam tahun lalu, saya dapat bawa kayak secara solo ke Taman Sri Muda.

“Misi yang sangat memenatkan kerana hanya saya seorang yang berkayak. Ketika saya beredar kira-kira jam 4.30 petang semalam, pasukan saya sudah pun keletihan dan saya juga memerlukan rehat,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Dalam pada itu, Kian Ming memaklumkan, dua daripada tiga kayak yang digunakan dalam misi menyelamat tersebut mengalami kerosakan teruk kerana terpaksa menempuh objek tajam ketika meredah ‘lautan’ banjir di kawasan perumahan tersebut.

“Ini adalah sebab mengapa banyak enjin bot yang membantu mangsa rosak dan tidak dapat ke beberapa jalan-jalan kecil di taman.

“Kerja perlu diteruskan. Lebih ramai mangsa perlu dipindahkan dari Taman Sri Muda pagi ini. Apabila air banjir semakin surut, semoga ini dapat memudahkan mereka yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat,” katanya.

Kian Ming berkata dengan 15 perjalanan selama lebih empat jam, beliau berjaya menyelamatkan 40 mangsa. - Gambar ihsan Kian Ming
Kian Ming berkata dengan 15 perjalanan selama lebih empat jam, beliau berjaya menyelamatkan 40 mangsa. - Gambar ihsan Kian Ming

Misi bantuan menyelamat oleh pemimpin DAP itu adalah yang kedua selepas misi pertama di kawasan Cheras Batu 11 yang menyaksikan kediaman di sana  ditenggelami air pada paras melebihi satu meter.

Usaha memindahkan dan membawa keluar penduduk di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini yang terkandas akibat banjir sejak Sabtu lalu, masih giat dijalankan bermula awal pagi tadi.

Pasukan penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bertungkus-lumus melaksanakan misi tersebut menggunakan bot dengan dibantu pelbagai badan sukarelawan.

Bantuan juga dilihat berterusan dilakukan oleh sukarelawan sejak malam tadi, meskipun berdepan pelbagai cabaran dan kesukaran.

Paras air bagaimanapun dijangka surut hari ini, sekali gus membolehkan lebih ramai mangsa dibawa keluar susulan pertambahan bantuan pelbagai pihak.

Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Baharudin Mat Taib mengesahkan sebanyak tiga mangsa lemas banjir telah dikenal pasti di Sri Muda Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, kesemua kes tersebut membabitkan mangsa lelaki dengan dua daripadanya dipercayai warga tempatan manakala identiti seorang lagi masih belum dapat dikenal pasti.

Jelasnya, dua mangsa telah ditemui pada jam 1 pagi tadi manakala seorang lagi ditemui pada jam 5 pagi.

Menurut beliau, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“Sehingga kini orang awam serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat melakukan kerja pemindahan mangsa banjir,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Semasa 2 bulan yang lalu

3 Warga Asing Maut, Kereta Rempuh ‘Water Barrier’

3

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 51 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini