web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laluan Komuter KL Sentral Ke Pelabuhan Klang Pulih Seperti Biasa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 3:10PM

Gambar kiri menunjukkan keadaan landasan yang ditengelami air banjir dan selepas air surut. - Gambar dari Facebook KTM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang terganggu sejak Sabtu lalu kembali beroperasi seperti biasa mulai pagi tadi.

Jurucakap KTMB menerusi kenyataan berkata, laluan yang telah beroperasi semula adalah tren dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang berikutan kawasan itu telah pulih dari ditenggelami air.

Pada masa sama, laluan dari Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang juga telah kembali beroperasi.

“Terima kasih tidak terhingga kepada kakitangan KTMB yang terlibat dalam kerja-kerja pemulihan infrastruktur mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Dedikasi dan komitmen mereka yang membolehkan tren beroperasi kembali.

“KTMB berharap dengan kembalinya perkhidmatan tren bagi laluan KL Sentral-Pelabuhan Klang, para penumpang kami dapat meneruskan rutin harian seperti biasa,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu KTMB mengesahkan, stesen di Batu Tiga Shah Alam masih lagi ditutup walaupun paras air telah surut bagi melakukan kerja pemulihan di kawasan tersebut.

Badan Berkanun itu menjelaskan, infrastruktur sedia ada seperti sistem elektrifikasi, landasan dan stesen mengalami kerosakan.

“KTMB berdukacita dan terkesan dengan kejadian banjir besar yang belaku di sekitar Lembah Klang pada Sabtu lepas. Antara stesen KTMB di Lembah Klang yang terjejas teruk ialah Stesen Batu Tiga.

“Detik-detik mencemaskan ini sempat dirakam apabila hujan lebat mengakibatkan stesen ditenggelami air sepenuhnya dan perkhidmatan KTM Komuter dihentikan sementara,” katanya.

Menurut jurucakap itu, paras air di Stesen Batu Tiga mulai surut sejam semalam, sekali gus membolehkan kerja-kerja pemulihan infrastruktur dilakukan.

“KTMB mendoakan agar mangsa banjir tabah menghadapi dugaan dan dipermudahkan segala urusan yang lain,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 29 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini