web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Mayat Ditemukan di Taman Sri Muda

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 7:18PM

Anggota Bomba turut serta dalam operasi menyelamatkan penduduk Taman Sri Muda yang terkandas kerana banjir. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam lagi mayat mangsa lemas ditemui di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, menjadikan keseluruhan lapan kematian akibat banjir di Selangor dilaporkan setakat ini.

Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah itu, dua daripadanya membabitkan mangsa wanita.

“Sehingga jam 3 petang, kita telah menjumpai empat mayat dan sehingga jam 6 petang tadi, dua lagi mayat mangsa telah kita jumpai.

“Setakat ini kita tak boleh lagi buat kepastian kerana perlu dilakukan post mortem terlebih dahulu oleh pihak polis untuk menentukan punca kematian mereka,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Datuk Nor Hisham Mohammad
Datuk Nor Hisham Mohammad

Beliau menambah, peralatan khas diperlukan untuk memasuki beberapa rumah, bagi trip kedua untuk menyelamatkan mangsa.

“Nak masuk memang sukar namun bila keadaan air telah surut, ia memudahkan kami ke senarai lokasi yang telah dilaporkan hilang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Baharudin Mat Taib, ketika dihubungi Getaran mengesahkan penemuan kesemua mayat itu.

“Memang betul, pasukan bomba dan agensi penyelamat yang terlibat telah menemui enam mayat di Taman Sri Muda.

“Kesemua mangsa kita bawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan selanjutnya bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

ACP Baharudin Mat Taib
ACP Baharudin Mat Taib

Difahamkan, dua mayat ditemui di kawasan perumahan itu kira-kira jam 1 pagi tadi, manakala mayat ketiga ditemui kira-kira jam 5 pagi oleh orang awam serta pasukan bomba yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat.

Setakat ini, identiti semua mangsa itu belum diperoleh dan masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 57 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global