web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mengapa ‘Azhar’ Bisukan Isu Banjir di Dewan Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 4:11PM

Setakat pagi tadi, seramai 63,649 orang dilaporkan terlibat dengan banjir manakala 413 Pusat Perpindahan Sementara (PPS) dibuka di 7 negeri iaitu Pahang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Kuala Lumpur. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun enggan membenarkan Ahli Parlimen membahaskan isu banjir yang melanda negara ketika ini disifatkan sebagai amat tidak bertanggungjawab terhadap nasib rakyat.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia dengan jelas membuktikan bahawa Azhar tidak peka dengan kepentingan mangsa banjir.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid

Menurut beliau, bencana berskala besar yang melanda negara itu, ditambah dengan penularan pandemik COVID-19 memerlukan tindakan pantas dan proaktif dari kerajaan.

“Namun, soalnya kenapa Dewan Rakyat dibisukan daripada berbincang hal yang sangat kritikal ini?

“Terlalu banyak soalan perlu diketengahkan pada saat genting itu di Dewan Rakyat, antaranya mengapa aset kerajaan dari pelbagai agensi lambat dihantar,” katanya, hari ini.

Mohd Azmi turut mempersoalkan pengumuman bantuan segera mangsa banjir oleh kerajaan Persekutuan yang sehingga kini masih tidak diterima mereka yang terkesan.

“Mengapa kerajaan gagal bertindak pantas selain hanya mengumumkan sumbangan RM1,000 untuk setiap keluarga mangsa, sedangkan rakyat amat memerlukan bantuan segera,” tegasnya.

Isnin lalu, Azhar enggan membenarkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan membahaskan isu banjir yang melanda negara ketika ini.

Beliau memberikan alasan, perkara itu tidak boleh dibahaskan kerana tidak terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, Dewan Rakyat pada hari itu hanya menyenaraikan satu usul untuk dibahaskan iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 atau Akta 342. – Getaran, 22 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 17 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 52 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka