web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Koordinasi Operasi Banjir Lemah Bukti NADMA Tidak Bersedia Urus Bencana

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 6:45PM

Setakat ini, seramai 63,649 orang terlibat dengan banjir, dengan 413 PPS dibuka di 7 negeri termasuk Pahang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Kuala Lumpur - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Strategi koordinasi operasi menyelamat banjir Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) disifatkan terlalu lemah dan tidak berfungsi bagi menguruskan banjir yang berlaku, ketika ini.

Pakar Geostrategi, Profesor Madya Dr Azmi Hassan berkata, agensi itu telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk mengawal selia bencana, namun perkara itu tidak berlaku sehingga menimbulkan rungutan di kalangan orang ramai.

Menurut beliau, ia jelas membuktikan NADMA tidak bersedia untuk berdepan bencana banjir besar dan mengejut, seperti yang melanda negara ke.

“Kalau lihat keluhan mangsa banjir dan rakyat, khususnya di Selangor, bantuan itu agak lambat kerana tiada koordinasi daripada NADMA menyebabkan arahan itu tidak sampai kepada semua agensi yang terlibat, sekali gus menghalang mangsa menerima bantuan pada kadar segera.

“Kalau nak kata mereka tidak bersedia agak menghairankan dan sukar untuk dipercayai kerana agensi itu telah ditubuhkan lama dan seharusnya mereka sentiasa bersiap siaga,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

Azmi juga tidak menolak kemungkinan bahawa kelembaban koordinasi NADMA wujud berikutan agensi itu tidak pernah menerima latihan sewajarnya atau simulasi banjir dalam mengendalikan operasi bencana secara besar-besaran.

“Walaupun tiada aset seperti yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Latiff Ahmad, namun jika koordinasi NADMA itu diselaraskan dengan sebaiknya dan teratur, pasti kelewatan bantuan kepada mangsa tidak akan berlaku.

“Saya beranggapan agensi berkenaan selama ini hanya membuat latihan melibatkan malapetaka atau kawasan banjir berskala kecil, bukan seperti yang berlaku ketika ini,” katanya.

Mengakui wujud kegagalan komunikasi yang jelas antara kerajaan dan rakyat, Azmi turut menzahirkan rasa kecewa kerana tiada amaran dikeluarkan sebelum bencana tersebut berlaku, sedangkan fenomena itu sudah boleh dijangka berikutan perubahan cuaca.

Beliau menegaskan, sepatutnya maklumat seumpama itu perlu disalurkan secara terperinci kepada rakyat dengan kadar segera kerana ini bukan kali pertama Malaysia berdepan masalah banjir.

“Kita semua tahu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sudah memberikan maklumat cuaca dan amaran hujan lebat, tetapi saya sendiri tidak menerima sebarang sistem pesanan ringkas (SMS) mengenai banjir sama ada daripada NADMA mahupun Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Yang saya terima hanya maklumat berkenaan COVID-19 sahaja ketika ini, sedangkan banjir juga satu masalah besar. Ia menyebabkan tiada persediaan dan perancangan rapi dapat dilakukan orang ramai,”katanya.

Kerja-kerja pembersihan dijalankan di Dataran Merdeka. - Gambar Syeda Imran
Kerja-kerja pembersihan dijalankan di Dataran Merdeka. - Gambar Syeda Imran

Semua kecaman diterima NADMA ketika ini jelas Azmi, perlu dijadikan iktibar agar tidak berulang di masa hadapan.

“Kena tahu kelemahan dan mana cacat cela yang perlu diperbetulkan. Ketika MKN mengurus bencana, koordinasi kerja tidak menjadi isu besar walaupun ketika itu banyak banjir besar berlaku.

“Namun, bila NADMA ambil alih sepenuhnya, terus jadi masalah sehingga menjadi rungutan rakyat Malaysia kerana langsung tidak berfungsi. Jadi, perlu akui ada berlakunya kesilapan dalam pentadbiran NADMA dan perlu diperbetulkan semula,” katanya.

Terdahulu, NADMA dipetik sebagai berkata, tidak timbul isu mereka lewat mengkoordinasikan operasi menyelamat mangsa banjir, sebaliknya setiap tanggungjawab telah diberikan kepada semua agensi ‘responder’ lebih awal.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, mesyuarat berhubung pengurusan bencana pusat telah dijalankan pada 13 September yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dr Azizan Abu Samah
Dr Azizan Abu Samah

Sementara itu, Pakar Meteorologi, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah turut mempersoalkan mengapa tiada sidang media atau sebarang amaran yang dikeluarkan NADMA sebelum banjir berlaku.

Beliau berkata, sekiranya agensi berkenaan mengeluarkan amaran sekurang-kurangnya sehari lebih awal, sudah pasti tidak ramai mangsa yang akan terperangkap sehingga kehilangan nyawa.

“Mana-mana bencana, apa yang paling penting adalah amaran. Adakah ada mana-mana sidang media yang dibuat oleh NADMA atau jabatan kaji cuaca untuk menyatakan betapa gentingnya keadaan.

“Kalau dapat satu hari pun amaran diberi, kemungkinan kita takkan lihat orang tua terperangkap dan ada yang meninggal dunia. Satu hari amaran pun sudah cukup. Mengapa ia tidak berlaku,” katanya.

Selain amaran, beliau menegaskan, respon terhadap bencana juga merupakan faktor utama yang perlu dipandang serius agar bantuan dapat disalurkan sebaiknya kepada mangsa.

“Kalau di Kelantan, kita sudah buka bilik gerakan. Saya bukan bercakap mengenai masalah banjir lagi, tetapi penguruan bencana. Respon bagaimana terhadap bencana banjir itu.

“Adakah respon itu telah diatur? Adakah sistem menyalurkan bantuan telah dibuat. Itu yang penting, respon semasa dan selepas bencana. Ia bukan pertama kali lagi, kita dah hadapi pada 2017 di Pulau Pinang, kemudian 2014 di Kelantan dan 2004 di Johor,” katanya. – Getaran, 22 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Di 4 Negeri Turun Kepada 3,002 Orang Setakat 8 Malam - NADMA

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Situasi Banjir Di Segamat Tidak Berubah, 43 Mangsa Di PPS

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Pegawai NADMA, SMART Dihantar Ke Luar Negara Jalani Latihan Pengurusan Bencana 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah