web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar SOP, Resepsi Perkahwinan Pasangan Artis Disiasat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 12:14PM

Pengantin tidak mengenakan pelitup muka semasa majlis berlangsung. - Tangkap layar dari video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Polis sudah membuka kertas siasatan ke atas resepsi perkahwinan sepasang artis terkenal, yang didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), Fasa 4.

Video majlis yang diadakan di Genting Highlands itu tular di media sosial, dan memaparkan dengan jelas perlanggaran SOP, termasuk kegagalan tetamu menjaga penjarakan fizikal dan mengenakan pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung majlis berkenaan, dipercayai diadakan di sebuah villa di sana, dan satu rakaman video berdurasi 41 saat yang tular, selepas dimuat naik di Facebook semalam.

Para hadirin majlis tidak menjaga penjarakan fizikal dan tidak mengenakan pelitup muka. - Tangkap layar dari video media sosial
Para hadirin majlis tidak menjaga penjarakan fizikal dan tidak mengenakan pelitup muka. - Tangkap layar dari video media sosial

“Menerusi video itu, terdapat tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

“Keadaan itu dilihat melanggar SOP PPN Fasa 4 dan polis sudah membuka kertas siasatan berikutan penularan insiden itu,” katanya hari ini.

Menurut Zaiham, siasatan pihak polis mendapati majlis itu berlangsung pada jam 8.30 malam, 15 Disember lalu.

Serentak laporan, polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan itu untuk disoal siasat.

“Kes disiasat mengikut Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini dan dinasihatkan  untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. - Getaran, 28 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global