web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


15 Hari Melarikan Diri, Long Tiger Tumpas Jua

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 8:23PM

Long Tiger ditangkap selepas lebih dua minggu menjadi buruan polis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Selepas lebih dua minggu menjadi buruan polis setelah melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, Long Tiger akhirnya berjaya diberkas hari ini.

Sumber memberitahu, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, ditahan kira-kira jam 3.15 petang tadi di sebuah rumah di Kuala Ketil, di sini.

Menurut beliau, Long Tiger ditahan bersama seorang mak nyah berumur 46 tahun dalam satu operasi khas oleh sepasukan anggota polis D9 dari Bukit Aman.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, ketika dihubungi Getaran bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.

“Tunggu kenyataan sidang media saya esok. Saya hanya mahu memberi amaran kepada semua pihak supaya jangan tularkan operasi polis,” katanya.

Ayob berkata, operasi itu masih belum berakhir dan beliau bimbang gambar tangkapan Long Tiger itu akan mengganggu operasi untuk menahan rakan-rakan lelaki Rohingya itu.

“Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap netizen yang menularkan gambar tangkapan itu. Jangan ganggu sisatan polis”.

Terdahulu, gambar Long Tiger yang hanya berseluar pendek dalam keadaan bergari tular di media sosial sejak petang tadi.

Pada 15 Disember lalu, Long Tiger dilaporkan melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, melalui pintu utama mahkamah pada jam 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula. - Getaran, 28 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Siasat Penemuan Mayat Terbakar Berhampiran Stesen KTM Serdang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang Di Muar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam