web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cukuplah Ahli Politik, Berhenti Main ‘Wayang’ Dan Bantu Mangsa Bencana

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 4:35PM

Mohd Ridhuan Tee meminta wakil rakyat berhenti bermain wayang sebaliknya membuat perancangan teliti bagi memastikan tiada mangsa bencana banjir yang terlepas daripada menerima bantuan. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wayang yang dilakonkan oleh Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam membantu mangsa banjir perlu dihentikan serta-merta.

Penganalisis politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, tindakan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi sehingga mewujudkan ketidak puashatian di kalangan masyarakat.

Menurut beliau, penampilan dan lakonan pemimpin dan lakonan dilakukan dalam membantu membersihkan rumah mangsa yang terjejas banjir dilihat tidak kena dengan situasi keadaan di kawasan tersebut.

“Cukuplah Yang Berhormat (YB), berhentilah bermain wayang. Sekarang bukan masa untuk memegang penyembur air, penyapu dan lain-lain dalam misi bantuan mangsa banjir. Kehadiran sudah mencukupi (untuk) memantau dan merancang apa yang patut. Adegan memegang peralatan tersebut, kemudian viralkan, cukup memualkan.

“Jika benar-benar ikhlas bantu, duduk di sana seharian bagi memantau serta melakukan perancangan sebaik-baiknya dalam menyampaikan bantuan. Gembeling seluruh kekuatan dan kepakaran yang negara miliki,” katanya, hari ini.

Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Dalam pada itu, Mohd Ridhuan turut mengecam tindakan Menteri Pembangunan, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan yang tergamak membuat perasmian program ketika rakyat sedang dilanda bencana banjir.

“Bukan semua perkara perlu diviralkan. Kadangkala gambar itu makan tuan. Jadilah seperti wira tidak didendang. Saya cukup terkesan dengan barisan wira tidak didendang yang terkorban kerana keikhlasan membantu golongan memerlukan. 

“Tidak perlu membuat pelancaran misi bantuan banjir di hotel. Adalah lebih baik peruntukannya dijadikan dana banjir kerana program seperti itu melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, adalah satu keperluan untuk setiap wakil rakyat melaksanakan perancangan teliti bagi memastikan tiada mangsa bencana yang terlepas daripada menerima bantuan.

“Tidak perlulah terlalu protokol sangat. Kadang kala ia menyusahkan daripada memudahkan. Jika menaiki kereta itu menyusahkan, naik motosikal sahaja.

“Itu yang selalu saya kata, kadangkala orang-orang sekeliling menteri ini yang lebih sudu daripada kuah. Mereka yang melebih-lebih sehingga menyusahkan menteri. Carilah mereka yang ikhlas dalam menasihat, bukan yang mengampu,” katanya. 

Terdahulu, Rina trending di media sosial selepas ditertawakan, ekoran tindakannya membersihkan kaki lima pusat penempatan sementara (PPS) yang tidak kotor sambil aksinya dirakam beberapa jurugambar.

Bukan sahaja Ketua Srikandi BERSATU itu dikecam hebat, malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berdepan situasi sama apabila video berdurasi 12 saat memaparkan beliau menyodok lumpur di hadapan sekumpulan jurugambar tular. - Getaran, 29 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 27 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'