web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Musibah Banjir Runtun Hati, Sukarelawan Bebas Giat Hulur Bantuan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Dec 2021 6:02PM

Saravanan (kiri) bersama kumpulan sukarelawan, menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Pahang. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KARAK - Musibah banjir yang melanda sebahagian negeri dalam Malaysia sejak beberapa hari lalu benar-benar meruntun hati.

Segenap lapisan masyarakat berkongsi kesedihan, saling bertukar kata semangat di media sosial, malah ramai yang mengambil kesempatan untuk turun padang bagi menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

Kesungguhan mereka dapat dilihat, apabila ada yang datang secara persendirian untuk menyampaikan bantuan, tanpa mewakili mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pihak berwajib.

Turut tidak ketinggalan mengambil bahagian ialah sekumpulan individu, yang menyasarkan mangsa banjir di Selangor dan Pahang.

Saravanan Vijayratnam menggerakkan misi bantuan kepada keluarga yang terlibat dengan banjir di Selangor dan Pahang. - Gambar Alif Omar
Saravanan Vijayratnam menggerakkan misi bantuan kepada keluarga yang terlibat dengan banjir di Selangor dan Pahang. - Gambar Alif Omar

Wakil kumpulan terbabit, Saravanan Vijayratnam, 44 berkata, mereka tidak diwakili sebarang pertubuhan atau persatuan berdaftar bagi menggerakkan misi berkenaan.

Petugas sektor keselamatan itu berkata, bantuan berupa barang keperluan itu dibeli menggunakan dana yang dikumpul  daripada rakan-rakan dan majikan.

"Saya terkejut melihat keadaan di Bentong dan Karak kerana taman perumahan masih dipenuhi lumpur tebal, malah hampir kebanyakan penduduk yang didekati mengakui tidak menerima bantuan dan turut terputus bekalan elektrik serta air.

"Paling malang, ramai dalam kalangan penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas harta benda dimiliki gagal diselamatkan," katanya kepada Getaran.

Menurut Saravanan, setakat ini 500 keluarga, masing-masing 200 di Selangor dan 300 Pahang sudah menerima bantuan masing-masing.

“Antara barangan itu termasuk makanan kering (beras, biskut, susu, Milo, kopi, telur, mee segera, sardin, gula), barangan kegunaan membersih rumah dan penjagaan diri (sabun mandi, tuala wanita, syampu) air mineral, tilam dan bantal.

Anggota sukarelawan diketuai Saravanan, menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Karak. - Gambar Alif Omar
Anggota sukarelawan diketuai Saravanan, menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Karak. - Gambar Alif Omar

Sebelum Karak, Saravanan terlibat dalam misi menyelamatkan mangsa banjir di Sri Muda, Shah Alam sejak hari pertama kawasan tersebut dibasahi hujan lebat.

Selama tiga hari, dia bersama pasukannya memberi bantuan barangan keperluan asas seperti tilam dan bantal, selain turut  mengedar makanan serta menyediakan trak pacuan empat roda (4WD) untuk memindahkan mangsa dari Taman Sri Muda.

Bermula minggu ini, Saravanan dan 20 sukarelawan bergerak pula ke Pahang menggunakan 3 4WD dan sebuah lori.

"Setakat ini sudah dua kali kami berulang alik dari Pahang, kerana kami terus menerima panggilan yang memohon bantuan.

“Selain bantuan, kami turut melakukan kerja-kerja pembersihan,” katanya.

Saravanan boleh dihubungi di talian 016 - 3882626 jika ada mana-mana mangsa banjir memerlukan bantuan. – Getaran, 31 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini