web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Beranak Maut Motosikal Terbabas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 6:07PM

2 beranak maut dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 2.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), menghala pusat bandar, awal pagi tadi. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua beranak maut selepas motosikal yang mereka naiki mereka hilang kawalan, lalu terbabas di Kilometer (KM) 2.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) menghala pusat bandar di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, kedua-dua mangsa ialah pasangan ibu dan anak yang berusia 28 serta 60 tahun.

Menurut beliau, motosikal berkenaan melanggar bahagian belakang sebuah Perodua Alza, sebelum hilang kawalan dan terbabas ke lorong paling kanan.

“Kedua-dua beranak itu kemudian melanggar pula sebuah Proton Persona yang berada di lorong sama,” katanya hari ini.

Sarifudin berkata, mangsa maut di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.

“Nahas terbabit berlaku pada jam 7.20 pagi dan mayat keduanya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan polis turut meminta saksi kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. - Getaran, 31 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi