web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semua PPS Selangor Tutup Sepenuhnya - Amirudin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 11:26AM

Semua PPS di Selangor telah ditutup mulai tengah malam tadi. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di negeri Selangor ditutup sepenuhnya bermula jam 11.59 malam tadi. 

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menegaskan, semua mangsa banjir juga sudah pulang ke rumah masing-masing.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada petugas, sukarelawan, agensi kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan, pihak berkuasa tempatan (PBT), pertubunan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat awam yang banyak membantu.

"Terima kasih atas budi dan jasa membantu mangsa banjir.

"Kita akan bangkit dari episod duka ini untuk membangun semula negeri yang kita cintai," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini. 

Semalam, tiga daerah masih lagi terkesan akibat banjir dengan lima PPS kekal beroperasi, membabitkan 479 mangsa daripada 134 keluarga.

Banjir luar jangka melanda Selangor pada 18 Disember lalu menyebabkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS. - Gambar Sadiq Asyraf
Banjir luar jangka melanda Selangor pada 18 Disember lalu menyebabkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS. - Gambar Sadiq Asyraf

Banjir melanda Selangor disifatkan kejadian luar biasa apabila kebanyakan kawasan dinaiki air, malah penduduk di beberapa lokasi terpaksa berlindung di bumbung rumah dan surau.

Selain itu, jalan-jalan utama juga terpaksa ditutup berikutan selepas ditenggelami air, hingga ada dalam kalangan mereka terperangkap.

Info Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, 21,385 mangsa banjir daripada 5,510 keluarga direkodkan di negeri terbabit.

Sementara itu, Yang Di-Pertua ABIM Selangor, Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri berkata, sambutan tahun baharu dilihat suram ekoran bencana banjir yang melanda negeri tersebut. 

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan meneruskan Misi Pasca Banjir untuk tahun 2022 dengan harapan dapat mengurangkan sedikit sebanyak kesusahan yang ditanggung rakyat.

"Sehingga 31 Disember 2021, kami berjaya mengedarkan bantuan dengan anggaran sebanyak RM700,000 dan disalurkan kepada 13,000 orang penerima manfaat. 

"Sebanyak 123 misi telah dijalankan berbentuk edaran barang keperluan, makanan, pembersihan dan sokongan psikologi dengan kekuatan seramai 850 orang sukarelawan daripada pelbagai lapisan umur dan kaum," katanya. 

Mengulas lanjut, Ahmad Fawwaz berkata, ABIM juga mendapat kerjasama erat daripada tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat bagi memastikan misi bantuan banjir berjalan dengan lancar. 

"Rakyat Malaysia juga amat banyak membantu dalam misi banjir kali ini. Di sinilah persaudaraan kita terserlah, budaya cakna kita tercungkil, budaya damai kita terlihat. 

"Semoga dalam kerangka bangsa Malaysia, semua yang menerima musibah wajib dibantu, tidak kira agama, bangsa dan keturunan. Senang bersama susah bersama, itulah Keluarga Malaysia yang sebenarnya," katanya.- Getaran, 1 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 59 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 29 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang