web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jika Enggan Beri Keterangan, Azam Baki Perlu Letak Jawatan - Kit Siang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Jan 2022 5:52PM

Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak bersedia untuk memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, Azam harus menjelaskan pertuduhan berat terhadapnya yang telah menjejaskan usaha anti rasuah kebangsaan.

"Azam perlu menawarkan diri untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung dakwaan pemilikan saham dalam syarikat senaraian awam.

"Azam sepatutnya menawarkan diri untuk hadir di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas ini untuk menunjukkan tauladan yang baik kepada semua penjawat awam, " katanya di sini hari ini.

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

Dakwa Kit Siang, sikap berdiam diri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perkara itu amat membimbangkan.

"Apakah akan ada mesyuarat Kabinet hari Rabu ini? Jika tidak, mengapa tidak ada mesyuarat Kabinet dijadualkan pada 5 Januari memandangkan Perdana Menteri telah pun menyuruh semua menteri yang sedang bercuti di luar negara untuk pulang kerana banjir sedang melanda seluruh negara? " soalnya.

Pada 14 Disember lalu, Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat untuk membahaskan dakwaan pemilikan saham oleh Azam, melebihi jumlah dibenarkan.

Sivarasa mendakwa, Azam antara 2015 dan 2016 sebagai Pengarah Siasatan SPRM, memiliki 930,000 saham dalam sebuah syarikat pada 30 April 2015, dan 1,029,000 saham lagi pada 31 Mac 2016.

Dakwanya lagi, Azam, pada 21 Mac 2016, memiliki 2,156,000 waran dalam sebuah syarikat senarai awam, Excel Force MSC Bhd, manakala adik lelakinya memiliki 3,728,000 unit saham dalam Gets Global.

Perkara itu tidak dilaporkan secara meluas sehinggalah pakar ekonomi, Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM.

Gomez mengambil tindakan itu sebagai protes kerana permintaannya supaya badan itu membincangkan dakwaan terhadap Azam tidak diendahkan. - Getaran, 3 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini