web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Dapatkan Dana Antarabangsa Demi 'Adaptasi' Perubahan Iklim Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 4:25PM

Malaysia perlu mengambil serius mengenai perubahan iklim dengan menjadikan bencana banjir baru-baru ini sebagai iktibar. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mendapatkan dana antarabangsa demi mengadaptasi perubahan iklim yang berlaku, termasuk menyelaraskan sistem ekologi, sosial dan ekonomi negara.

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman berkata, usaha itu mampu mengelakkan setiap negeri daripada terus melakukan pengubahan guna tanah hutan, sekali gus memastikan masalah banjir tidak bertambah buruk.

Menurut beliau, sebelum ini pihaknya sudah menekankan keperluan untuk mempertingkatkan usaha Malaysia dalam mendapatkan dana antarabangsa.

Katanya, penekanan itu bagi membantu menyesuaikan keadaan negara dengan perubahan iklim dan mempertingkatkan perlindungan hutan serta biodiversiti.

“Dana antarabangsa ditubuhkan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC) boleh didapati daripada Dana Iklim Hijau (GCF), Dana Adaptasi, Fasiliti Alam Sekitar Sedunia (GEF) dan Dana Perubahan Iklim Khas (SCCF).

“Matlamat dana antarabangsa ini adalah untuk membantu negara membangun mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dan membuat adaptasi dalam menangani kesan perubahan iklim,” katanya, hari ini.

Meenakshi Raman
Meenakshi Raman

Meenakshi memaklumkan, sebanyak RM7.24 bilion dana diperuntukan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi pelaksanaan langkah mempertingkatkan adaptasi dan daya ketahanan negara terhadap perubahan iklim.

Bagaimanapun, beliau berkata, episod banjir baru-baru ini, jelas menunjukkan bahawa apa sahaja langkah diambil kerajaan setakat ini masih jauh daripada mencukupi.

“Berbanding negara ASEAN lain, Malaysia ketinggalan dalam mendapatkan dana iklim bagi usaha adaptasi. Contohnya, Vietnam memperoleh AS$36.3 juta (RM152.79 juta) daripada GCF dan AF bagi projek adaptasi.

“Thailand memperoleh geran AS$17.5 juta (RM73.66 juta) daripada GCF untuk mempertingkatkan daya ketahanan perubahan iklim, manakala Laos menerima AS$20 juta (RM84.18 juta) bagi projek adaptasi daripada AF dan GCF,” katanya.

Pada masa masa, Meenakshi berkata, kajian dijalankan Institut Alam Sekitar Stockholm pada 2016 mendedahkan secara umum, Malaysia melihat kerentanan negara dengan perubahan iklim adalah rendah, berbanding negara ASEAN lain.

Akibatnya, beliau menegaskan, tindakan adaptasi diberi keutamaan lebih rendah berbanding dengan pembangunan ekonomi.

“Walaupun ketika ini Malaysia memperoleh geran AS$3 juta (RM12.63 juta) daripada GCF (yang mana setiap negara membangun berhak memperolehnya) untuk membangunkan Pelan Adaptasi Nasional (NAP), kita mesti memahami bahawa dana terbabit hanyalah untuk penyediaan rancangan berkenaan sahaja.

“Ia tidak termasuk dana diperlukan untuk pelaksanaan segala tindakan di bawah rancangan terbabit,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Meenakshi berkata, NAP dijangka mengambil masa beberapa tahun untuk disediakan, malah sumber kewangan tambahan akan diperlukan untuk segala perlaksanaan berkaitan.

Jelasnya, walaupun penyediaan NAP adalah amat kritikal, kerajaan tidak boleh hanya duduk diam sementara menunggu ia diselesaikan.

Selain itu, Meenakshi berkata, NAP dijangka bersifat komprehensif dan sementara menunggu ia disiapkan, kerajaan Persekutuan dan negeri perlu mempunyai rancangan serta projek interim untuk memperoleh dana antarabangsa. 

“Projek sedemikian boleh merangkumi langkah berasaskan ekosistem yang akan membantu meminimumkan risiko kesan buruk perubahan iklim, membina daya ketahanan terhadap perubahan iklim dan mempertingkatkan usaha pengurangan risiko bencana serta kesiapsiagaan kita,” katanya. - Getaran, 8 Januari 2021.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global