web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPDNHEP Beri Amaran, Jangan Naik Harga Atau Kena Tindakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 6:42PM

KPDNHEP akan memantau harga barang termasuk ayam dan telur bagi menjaga kebajikan pengguna dan peniaga. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menjual ayam dan telur pada harga tidak masuk akal. 

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan bagi menjaga kebajikan pengguna dan peniaga.

Katanya, isu kenaikan harga ayam yang membabitkan kos operasi dipengaruhi oleh pasaran dunia dan amat mencabar, selain memerlukan kerjasama pelbagai pihak, termasuk kementerian serta agensi.

“Saya mengambil maklum laporan media mengenai kenyataan saya berkenaan jangkaan kenaikan harga ayam dan telur di pasaran selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) tamat pada 4 Februari ini.

"Perlu saya jelaskan bahawa kenyataan ini bukanlah sengaja diada-adakan, tetapi berdasarkan hasil maklumat yang diterima daripada sesi libat urus pada Khamis lalu bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Kewangan, Agro Bank dan wakil Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak (FLFAM),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Alexander berkata, melalui sesi libat urus itu, kesemua pihak membentangkan faktor utama kenaikan operasi penternakan ayam, termasuk peningkatan kos makanan di peringkat global dan kekurangan tenaga kerja akibat sekatan kemasukan pekerja asing bagi sektor terbabit. 

Jelasnya, pelaksanaan SHMKM itu juga membebankan penternak yang terpaksa menyerap kos operasi lebih tinggi dan sekiranya diteruskan, akan menjejaskan hasil pengeluaran ayam serta telur.

Beliau berkata, sekiranya keadaan itu berlaku, ia tentunya memberi kesan lebih buruk kepada pengguna akibat kekurangan bekalan ayam dan telur di pasaran, sekali gus menyebabkan harga jualan meningkat.

“Kerajaan sudah mengambil langkah proaktif untuk mengimbangi kenaikan harga ayam dan telur di pasaran seperti diumumkan sebelum ini. 

“Pelaksanaan SHMKM yang dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2021, dilanjutkan selama 35 hari berkuat kuasa 1 Januari hingga 4 Februari.

“Harga siling ayam sehingga 4 Februari adalah ditetapkan pada harga RM6.10 sekilogram di peringkat ladang, RM7.80 sekilogram di peringkat borong dan RM9.10 sekilogram di peringkat peruncit,” katanya.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, MAFI sedang mengusahakan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan.

Selain itu, katanya, pemberian kemudahan pinjaman mudah atau ‘soft loan’ kepada industri penternakan ayam negara akan dilaksanakan dengan peruntukan bantuan sebanyak RM262 juta. 

Inisiatif berkenaan, jelasnya, bertujuan membantu peladang yang terjejas akibat kenaikan harga baja dan racun.

Terdahulu, Alexander dilaporkan berkata, harga ayam dan telur di pasaran tempatan dijangka meningkat selepas tamat SHMKM pada 4 Februari ini.

Menurut beliau, langkah terbabit terpaksa diambil sebagai situasi ‘menang-menang’ antara pengguna dan penternak di seluruh negara.

Beliau berkata, kementeriannya masih meneliti dan mengkaji kenaikan harga barangan berkenaan.

Justeru, katanya, pengguna diharap bersedia berdepan sebarang kemungkinan kenaikan harga itu, selain memahami situasi semasa negara. - Getaran, 8 Januari 2021.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini