web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Layan Sukarelawan Seperti ‘Penjenayah’ - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 11:08AM

Syed Saddiq - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan polis menyoal siasat enam sukarelawan banjir Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (MUDA), hanya disebabkan mereka menyampaikan bantuan secara terus kepada mangsa bencana itu di Segamat Johor, baru-baru ini, disifatkan tidak wajar.

Pengasasnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa, kaedah itu terpaksa digunakan kerana pihaknya tidak mahu menyulitkan keadaan mangsa banjir yang memerlukan bantuan segera.

Menurut beliau, masih ramai mangsa banjir tidak diberikan bantuan seperti dijanjikan kerajaan.

“Ada yang lapar menunggu makanan, sebab itu team (pasukan) sukarelawan MUDA bertindak cepat menghantar bantuan kepada mereka. Kami akan menggunakan peluang terbaik demi membantu rakyat terkesan banjir.

“Jangan layan sukarelawan ini sebagai penjenayah sampai nak panggil, disiasat polis hanya kerana mereka menyampaikan bantuan makanan terus,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu menegaskan, beliau sudah mengadakan pertemuan bersama pihak berkuasa di daerah berkenaan dan akan cuba mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebaik mungkin.

Pada pertemuan itu, katanya, MUDA memohon kelonggaran untuk pihaknya menghantar bantuan sekiranya ada mangsa banjir yang memohon bantuan makanan atau membersihkan rumah.

“Kesilapan itu adalah daripada pihak saya dan berharap polis memberi budi bicara. Mereka (sukarelawan) di sini niat ikhlas untuk membantu.

“Saya juga ingin meminta maaf kerana tidak meletakkan bantuan daripada MUDA di lokasi ditetapkan,” luahnya.

Sementara itu, Ketua MUDA Johor, Azrol Ab Rahani berkata, pasukan sukarelawan parti itu pada 5 Januari lalu bertindak menghantar bantuan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di sebuah sekolah selepas mendapat permintaan daripada mangsa banjir di situ.

Katanya, sebaik tiba di lokasi itu, pasukan terbabit diberi keizinan untuk menyerahkan 200 bantal, 200 tilam dan makanan.

“Namun, keesokan harinya, kami diberitahu terdapat beberapa laporan polis dibuat terhadap kami.

“Kami tidak tahu kesalahan apa yang kami lakukan dan sedang tunggu hasil siasatan polis,” katanya. - Getaran, 9 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki