web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penjual Kuih Bunuh Kawan, Sembunyi Mayat Bawah Katil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 7:54AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara mahu mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang, seorang pembuat kuih sanggup membunuh rakan senegaranya di tingkat dua sebuah pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, di sini, pada Isnin lepas.

Kejadian itu berlaku apabila suspek wanita warga Indonesia berumur 39 tahun telah menelefon mangsa bagi mendapatkan bantuan untuk mengangkat anaknya kerana tangan suspek kononnya mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata mangsa yang percaya terus ke rumah suspek untuk membantunya namun setibanya mangsa ke rumah, suspek telah menolak mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai sehingga mati.

Berikutan itu, suspek dipercayai mengambil barang kemas milik mangsa dan telah menggadaikannya bagi melangsaikan hutang berjumlah RM5,000 pada semalam.

Menurutnya, suami mangsa warga tempatan berusia 47 tahun, hanya menyedari kehilangan isterinya selepas pulang bekerja dan mendapati pintu rumahnya tidak berkunci pada kira-kira 7 malam pada Isnin.

“Suami mangsa masuk ke rumah mendapati telefon bimbit dan barangan peribadi milik mangsa masih ada tetapi mangsa tiada di rumah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, di sini, awal pagi tadi.

Abd Khalid berkata kali terakhir suaminya berjumpa dengan mangsa adalah pada 1.20 tengah hari dan berhubung dengan mangsa pada 3.46 petang hari yang sama.

Sehubungan itu, suami mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan isterinya di Balai Polis USJ 8 pada 12 tengah malam Selasa (9 Mac) .

“Berikutan itu, polis telah menahan suspek semalam (Selasa) dan hasil soal siasat suspek mengaku telah membunuh mangsa yang merupakan seorang penjual kuih berusia 54 tahun serta membawa pihak polis ke tempat suspek menyembunyikan mayat mangsa.

“Polis menemukan mayat mangsa diselubungi kain dan selimut di bawah katil suspek pada semalam dengan terdapat kesan pendarahan pada bahagian kepala,” katanya sambil menambah rumah mangsa dan suspek hanya 10 meter sahaja.

Beliau berkata mangsa dan suspek saling mengenali dan sentiasa berurusan perniagaan kuih-muih di gerai berhampiran dengan rumah mangsa.

Mengulas lanjut, Abd Khalid berkata semasa kejadian itu berlaku di dalam rumah suspek, hanya terdapat dua anak suspek yang berusia setahun dan tiga bulan manakala suami suspek tiada di rumah.

“Selain suspek, polis turut menahan suami suspek warga tempatan berusia 48 tahun bekerja sebagai kru produksi bagi membantu siasatan.

“Motif pembunuhan ini adalah suspek mempunyai masalah kewangan dan mangsa memakai barangan kemas yang banyak, dipercayai suspek terdesak sehingga melakukan perbuatan sedemikian,” katanya.

Abd Khalid berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat manakala kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala reman suspek akan dimohon pada pagi ini.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kes Zayn Rayyan Kembali Hangat, Ibu Bapa Direman Pagi Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerana Cemburu, Jurugambar Sambilan Maut Ditikam

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 1 jam yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Sukan 40 minit yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang