web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan ‘Kejam’ Jika Hasni Bubarkan DUN Demi PRN Johor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 9:00AM

Tindakan membincangkan isu pilihan raya di DUN satu tindakan yang zalim dalam saat rakyat Johor masih dihimpit hidup pasca pandemik COVID-19. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak wajar dilaksanakan dalam tempoh terdekat, kerana tumpuan harus diberikan kepada usaha untuk membantu rakyat untuk keluar daripada pelbagai tekanan hidup pasca pandemik COVID-19.

Pengarah Operasi Pilihan Raya BERSATU Johor, Badrul Hisham Shaharin berkata, adalah satu tindakan yang amat zalim sekiranya kerajaan negeri membincangkan isu pilihan raya di negeri itu, dalam saat rakyat masih lagi dihimpit bebanan akibat bencana banjir.

Menurut beliau, wakil rakyat di Johor seharusnya meluangkan masa dengan lebih kerap turun padang bagi membantu memudah cara segala bentuk bantuan kerajaan negeri dan kerajaan pusat, di samping membantu menggembleng tenaga sepenuhnya untuk melaksanakan kerja bantuan pasca banjir.

“Tidak ada langsung keperluan mengadakan pilihan raya hanya kerana alasan lebih satu kerusi. Menteri Besar Johor (Datuk Hasni Mohammad) dari UMNO yang asalnya pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) harus sedar dan jangan sombong.

“Ini kerana kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan UMNO seperti Perikatan Nasional (PN) malah Pakatan Harapan (PH) yang jadi pembangkang kini menyokong semua usaha kerja kerajaan negeri dalam membantu rakyat,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Badrul Hisham berkata, kekuatan kerjasama itu terbukti apabila Belanjawan Johor diluluskan sebulat suara tanpa bantahan daripada ADUN PN dan juga pembangkang.

“PN mahupun pembangkang tidak pernah menimbulkan masalah dalam urusan kerajaan negeri malah semua usaha baik disokong.

“Maka tidak timbul isu susah hendak mentadbir dengan kelebihan hanya satu kerusi, kecuali ada perancangan hendak mendapatkan kelulusan dewan yang menzalimi rakyat,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Johor akan melihat dan memantau keadaan semasa termasuk meneliti keperluan untuk mengadakan PRN berikutan mempunyai kelebihan hanya satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Badrul Hisham Shaharin
Badrul Hisham Shaharin

Hasni berkata, beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lama lagi untuk memaklumkan tentang kedudukan kerajaan negeri yang ketika ini mempunyai majoriti amat tipis dan dikhuatiri boleh membuatkan kerajaan negeri bertambah tidak stabil.

Beliau yang juga ADUN Benut bagaimanapun mengakui kemungkinan untuk mengadakan PRN itu sedikit berbeza, memandangkan situasi politik di Johor yang agak unik berbanding negeri lain.

Dalam pada itu Badrul Hisham menegaskan, desakan untuk mengadakan pilihan raya dilakukan oleh penggangur politik yang rapat dengan Menteri Besar Johor semata-mata untuk mendapat jawatan.

Tegas beliau, tindakan terbabit jelas bercanggah dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang menyeru pemimpin di negeri itu agar menumpukan kepada kebajikan rakyat dan menolak politik kepartian sempit.

“Sememangnya Jabatan Pilihan Raya BERSATU Johor menjunjung titah Sultan Johor, malah kita telah menumpukan semua kekuatan bagi membantu rakyat berdepan perang COVID-19.

“Namun, amanah untuk berdepan PRN jika dilaksanakan juga kerana sifat tamak dan ego pihak di sekeliling Menteri Besar Johor, sedia untuk kita galas,” katanya.

Pada masa sama Badrul Hisham menegaskan, kumpulan penggangur politik itu juga langsung tidak menghormati pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO untuk menolak pilihan raya dilaksanakan bagi menumpukan kepada kebajikan rakyat.

“Jika pilihan raya diadakan, PN tidak boleh mengelak dan bersedia berunding dengan semua pihak demi pertahankan kuasa dominan politik Melayu.

“Namun, dalam masa sama, kita sedia bertanding semua kerusi di Johor,” katanya.

Susulan kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian pada 21 Disember tahun lalu, kerajaan negeri yang kini dipimpin Barisan Nasional mempunyai 16 kerusi, BERSATU (11), PAS (satu), menjadikan jumlah keseluruhan 28 kerusi manakala Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi.

Terdahulu, Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat telah memaklumkan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan susulan kekosongan kerusi DUN Kempas, memandangkan kekosongan berlaku lebih tiga tahun selepas PRU-14. - Getaran, 18 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'