web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Berperikemanusiaan Jika Jemaah Umrah Dilayan Buruk Ketika Kuarantin - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 10:33AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mengambil berat dan memandang serius pendedahan seorang jemaah umrah positif COVID-19 yang menerima layanan buruk ketika menjalani kuarantin di sebuah hotel.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan pantas perlu dilakukan kerajaan bagi memperbetulkan keadaan sekiranya benar seperti didakwa.

“Apa dibimbangi sebenarnya ramai jemaah umrah yang menjalani kuarantin turut berdepan nasib serupa dan itu tidak sepatutnya berlaku kerana amat tidak berperikemanusiaan.

“Saya fikir KKM perlu mengambil berat pendedahan itu. Jika benar seperti diperkata, tindakan segera perlu diambil untuk memperbetulkan keadaan,” katanya hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai merujuk dakwaan jemaah umrah yang menyatakan perlu membayar kos bilik hotel sebanyak RM500 sehari dan tidak menerima sebarang rawatan sepanjang menjalani kuarantin di hotel berkenaan.

Jemaah warga emas tersebut turut mendakwa tidak dibekalkan dengan sebarang ubat-ubatan walaupun menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Zahid Hamidi - Gambar fail
Zahid Hamidi - Gambar fail

Dia seterusnya mendakwa tidak dapat memasuki Pusat Rawatan dan Kuaratin COVID-19 (PKRC) di MAEPS, Serdang atau Hospital Sungai Buloh kerana telah penuh.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menggesa kerajaan memperbanyakkan lagi PKRC yang merangkumi seluruh negara.

Menurut beliau, ini perlu dilaksanakan agar jemaah umrah menerima bantuan secukupnya selepas pulang dari menunaikan ibadah kerana tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan.

“Bagaimanapun, kita agak keliru dalam hal kos kuarantin jemaah umrah kerana seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) pada 4 Januari lalu pernah mengumumkan sebaliknya.

“Menteri ketika itu dilaporkan memaklumkan kerajaan akan menanggung kos kuarantin termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang bagi jemaah umrah,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menegaskan, kisah dialami jemaah umrah seperti dilaporkan pihak media sangat bercanggah berbanding apa yang diumumkan oleh menteri berkenaan sebelum ini.

“Kita bimbang jika rakyat melihat kerajaan seolah-olah akur dengan bantahan seorang aktivis dan juga peguam berhubung kos kuarantin jemaah umrah baru-baru ini.

“Peguam wanita tersebut mempersoalkan mengapa kerajaan menanggung kos kuarantin jemaah umrah sedangkan mereka sendiri memilih untuk ke luar negara,” katanya. - Getaran, 18 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global