web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DUN Sedili Sangkal Dakwaan Lakukan Gangguan Seksual

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 11:00AM

Rasman Ithnain

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan melakukan gangguan seksual dibuat seorang wanita, semalam.

Rasman menyifatkan tuduhan tersebut bukan sahaja satu konspirasi politik, malah fitnah serta cubaan untuk menjatuhkan maruah serta mencalarkan reputasi beliau selaku wakil rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses siasatan berjalan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

“Pada jam 2 petang semalam (17 Januari), saya dimaklumkan bahawa terdapat satu laporan polis dibuat terhadap saya oleh seorang individu yang juga Ahli Jawatankuasa Srikandi BERSATU Bahagian Kota Tinggi.

“Saya dengan ini menafikan dengan sekeras-kerasnya tuduhan dalam laporan itu. Ini adalah satu konspirasi politik, fitnah dan satu cubaan untuk menjatuhkan maruah serta mencalarkan reputasi saya selaku seorang wakil rakyat,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu Rasman berkata, beliau telah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemarkan imejnya sebagai wakil rakyat.

Rasman menegaskan, konspirasi politik seperti itu tidak akan sekali-kali melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang bagi menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

“Saya dengan ini menegaskan bahawa konspirasi politik seperti ini tidak akan sesekali melemahkan semangat saya untuk berjuang dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya melalui mandat rakyat.

“Semoga kebenaran akan dirungkai akhirnya serta perjuangan saya ini dimudahkan dan diredai oleh Allah SWT,” katanya

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berusia 26 tahun yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang ADUN di Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima laporan dakwaan salah laku ADUN terbabit, terhadap wanita berumur 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada kira-kira jam 11.30 pagi. - Getaran, 18 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Qawiy Dicabar Sumpah Laknat Jika Benar Ia Fitnah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini