web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


#TangkapAzamBaki, Peserta Hanya Dibenarkan Berarak di Jalan Bangsar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 12:34PM

Peserta 'duduk dan bantah' selepas hanya dibenarkan berarak kira-kira 500 meter daripada lokasi mereka berkumpul di stesen LRT Bangsar. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya membenarkan penganjur perhimpunan #TangkapAzamBaki menggunakan Jalan Bangsar bagi berarak secara aman.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner (ACP) Amihizam Abdul Shukor berkata, para peserta hanya dibenarkan berarak kira-kira 500 meter daripada lokasi mereka berkumpul di stesen LRT Bangsar.

"Kita tidak benarkan mereka berarak sehingga ke Brickfields dan kita telah tetapkan had dan pihak polis juga sudah bersiap siaga," katanya ketika ditemui media, di sini hari ini.

Sementara itu, aktivis belia, Adam Adli Abdul Halim ketika ditemui Getaran memaklumkan, pihaknya kecewa apabila pihak berkuasa menghalang peserta khasnya anak muda yang hanya mahu mendesak supaya Azam diturunkan. 

"Kita kecewa kerana individu ini melibatkan pegawai tertinggi penjawat awam dan bukannya dalam kalangan ahli politik. Kenapa nak halang anak muda bersuara.

"Walaupun kami dihalang, kita akan tetap lawan isu ini sehingga Azam Baki dipecat dari jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya. 

Turut dilihat menyertai perhimpunan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee, Setiausaha Pemuda Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) Syukri Razab, ADUN Bukit Tunku, Lim Yi Wei, dan peguam serta ahli PKR, Asheeq Ali. - Getaran, 22 Januari 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi