web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semporna Dilanda Ribut, Bumbung 16 Rumah Lesap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 8:29AM

16 buah rumah di Kampung Simunul Ice Box rosak selepas dilanda ribut, awal pagi semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Tidur lena lebih 300 penduduk Kampung Simunul Ice Box tidak berpanjangan apabila bumbung 16 buah rumah lenyap diterbangkan angin pusar, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, sebahagian penduduk hanya mampu tergamam apabila melihat bumbung rumah mereka lesap diterbangkan angin, menyebabkan titisan hujan mula membasahi bahagian dalam kediaman masing-masing.

 Sadat Maruji
Sadat Maruji

Seorang penduduk, Sadat Maruji, 46 ketika ditemui Getaran berkata, insiden terbabit berlaku begitu pantas, secara tiba-tiba.

"Kami dikejutkan dengan bunyi bising seperti bom sebelum mula merasa percikan air hujan.

"Dalam keadaan terpinga-pinga saya cuba mengamati sekeliling bilik untuk mencari punca bunyi bising berkenaan," katanya.

Selepas beberapa ketika, Sadat menyedari sebahagian besar bumbung rumahnya sudah hilang diterbangkan angin.

"Kejadian itu menyebabkan penduduk bertindak keluar dari kediaman masing-masing untuk melihat sendiri apa yang berlaku.

"Ia juga sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak terkena serpihan kayu atau zink yang tercabut sekiranya berada dalam rumah rosak," ujarnya lagi.

Bagi Abdul Rashid Sebley, 62, angin kuat dipercayai puting beliung mula melanda di kampung mereka seawal jam 12 tengah malam sebelumnya.

"Ketika itu, hanya sebuah rumah mengalami kerosakan.

"Sejam kemudian, angin kuat melanda sekali lagi dan ia menyebabkan lebih banyak rumah ditimpa kerosakan," katanya.

Tinjauan Getaran di lokasi kejadian mendapati, sebahagian penduduk terpaksa memindahkan perabot mereka ke kawasan berbumbung bagi mengelak rosak terkena hujan.

Ada juga yang melakukan kerja baik pulih bagi membolehkan mereka tinggal semula di situ pada kadar segera.

Abdul Rashid Sebley
Abdul Rashid Sebley

Menurut Abdul Rashid, semua penduduk yang terjejas hanya bekerja sebagai nelayan dan ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Semporna.

"Saya berharap pihak berwajib dapat tampil menghulurkan bantuan khususnya berkaitan proses membaik pulih kediaman, sumbangan makanan dan sebagainya.

"Pendapatan kami sebagai nelayan tidak mampu untuk menampung kos baik pulih kediaman yang menelan belanja besar,” rayunya.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah Semporna Nurul Fadilah Abdul Hamid mengesahkan, 97 individu terjejas selepas 16 kediaman mereka rosak akibat bencana tersebut.

"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

"Berdasarkan tinjauan di lokasi juga, tiada keperluan untuk memindahkan mangsa ke pusat penempatan sementara," katanya.

Setakat ini Nurul Fadilah berkata, pihaknya mengesyorkan untuk bantuan dalam bentuk peralatan dapur dan makanan mentah disampaikan kepada penduduk terjejas. – Getaran, 12 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

2

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Saya Nampak Bumbung Jatuh Timpa Kereta’ - Penduduk Apartment Putra Ria

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Kuatnya Angin, Nak Terbang Kita Dibuatnya Wak!

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Ini Dah Betul - Betul Macam Dalam 'Movie'!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka