web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kedai Tetap Syarat ‘Pelik’ Sebelum Jual Minyak Masak, Diserbu KPDNHEP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 8:04PM

Penguatkuasa KPDNHEP menyerbu kedai runcit menetapkan syarat terhadap pengguna yang mahu membeli minyak masak peket sekilogram.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Beli barangan asas seperti sardin, gula atau tepung gandum terlebih dahulu, baru dibenarkan membeli minyak masak peket sekilogram.

Itu syarat ditetapkan sebuah kedai runcit di Taman Kenari, di sini kepada pelanggan yang mahu memberi bahan memasak berkenaan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kulim, Mohd Fazly Edros berkata, tindakan menyalahi undang-undang itu dikesan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai.

Menurutnya, rentetan aduan diperoleh, pihaknya melakukan serbuan pada jam 10.30 pagi tadi.

“Sebelum melakukan serbuan, pihak kami melakukan penyamaran dengan seorang anggota berpura-pura menjadi pelanggan bagi memastikan kebenaran aduan tersebut.

“Pemilik premis mengakui mengenakan syarat belian barangan lain sebelum menjual minyak masak peket, memandangkan terlalu ramai pelanggan ingin membeli produk tersebut dengan kuantiti banyak.

“Malah dia juga mendakwa ada pelanggan sama berulang kali datang hanya untuk membeli minyak masak peket,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Fazly berkata, tidak kira apa sahaja alasan diberikan peniaga, tindakan itu menjadi kesalahan sekiranya pemegang lesen runcit (CSA) barang kawalan, mengenakan syarat belian sebelum menjual barangan terbabit kepada pengguna.

“Disebabkan itu, kami menahan pemilik premis yang berusia lingkungan 50-an untuk disoal siasat.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 70 kilogram minyak masak peket sekilogram disimpan dalam kedai runcit tersebut,” katanya.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengenakan syarat tidak sah dalam penjualan barangan kawalan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dengan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut, sama ada ia akan dikompaun atau didakwa di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda tidak lebih RM1 juta bagi individu atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala, katanya, sekiranya kesalahan itu dilakukan pihak syarikat, denda tidak melebihi RM2 juta boleh dikenakan. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

SPRM Serbu 5 Kilang Beras Di Kedah - Azam Baki

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Krisis Beras Dan Minyak Masak: Kerajaan Perlu Wujudkan Dasar Pembelian - Dr Akmal

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kediaman Hamzah Diserbu LHDN?

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Gara-Gara Baju Raya RM1, Kedai Pakaian Diserbu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia