web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konvensyen DAP Perak Sedikit Kecoh, Konon Wujud Pengundi Hantu Dan Penipuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 2:36PM

Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong (tengah) ditenangkan perwakilan lain ketika berlaku sedikit kekececohan pada Konvensyen DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sedikit kekecohan berlaku sewaktu Konvensyen DAP Perak ke-19 hari ini, apabila didakwa wujudnya pengundi hantu yang akan memilih ahli ke Jawatankuasa Negeri dan isu tempoh pengundian yang tiba-tiba dilanjutkan.

Kekecohan itu berlaku sebaik sahaja Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng selesai berucap merasmikan Konvensyen DAP Perak ke-19 hari ini, yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dan ahli DAP seluruh negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh.

Menurut seorang perwakilan yang juga Ahli Parlimen Kampar Thomas Su Keong Siong berkata, kekecohan itu disebabkan proses pendaftaran pemilih yang sepatutnya tamat pada jam 10 pagi, tetapi tiba-tiba disambung sehingga 12 tengah hari.

Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku, dan ruang harus diberikan kepada semua pemilih sekali gus pemilihan boleh dijalankan secara adil dan bukannya memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.

“Sepatutnya buka pendaftaran pemilih kepada semua bukan kepada ahli-ahli tertentu. Kita pun boleh panggil ahli kita,” katanya kepada pemberita ketika konvensyen tersebut.

Senada dengannya, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar Terence Naidu, yang turut di dalam dewan itu juga mendapati, aduan tersebut timbul ekoran tindakan pihak pengurusan pemilihan yang masih mendaftarkan pengundi-pengundi atau perwakilan, selepas 10 pagi dan masih berterusan sehingga 11.30 pagi.

Seorang lagi perwakilan yang enggan dikenali berkata, pengundi hantu dikesan kerana mereka tidak mempunyai tag nama yang ditetapkan, dan maklumat peribadi mereka ditulis menggunakan pen dan bukannya seperti dicetak mengikut perwakilan lain.

Ketika berita ini ditulis, media masih lagi mengejar Guan Eng, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, mahupun timbalannya Aziz Bari, bagi mendapatkan komen lanjut.

Menurut buku konvensyen yang diedarkan kepada media, antara urusan rasmi pada hari ini adalah memilih 15 ahli ke Jawatankuasa Negeri, pembentangan dan penerimaan Akaun Penyata Kewangan, selain penerimaan usul-usul atau pengisytiharan dikemukakan Jawatankuasa Negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka