web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dilabel 'Pelacur Politik', PAS Akan Hantar Surat Kepada Ku Li - Tuan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 5:31PM

Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - PAS dalam masa terdekat akan menghantar surat kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li bagi menzahirkan kekesalan berhubung tindakan veteran UMNO itu melabelkan parti itu sebagai ‘pelacur politik’.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu adalah sesuatu yang tidak wajar apatah lagi kenyataan tersebut dikeluarkan secara terbuka menggunakan saluran media.

“Kita (PAS dan UMNO) ada hubungan baik dalam Muafakat Nasional (MN) dan kita ada platform untuk bincang apa-apa yang kita rasa tidak setuju. Mesyuarat MN pun terus berjalan dua minggu sekali dan di situ kita tidak ada isu pun. Kenyataan yang tidak membantu seperti ini perlu dihentikan oleh mana-mana pihak,” katanya yang menyifatkan ia adalah pendapat peribadi Tengku Razaleigh dan bukan mewakili keseluruhan UMNO.

Tuan Ibrahim, yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Undi Perdana Kerja-kerja di bawah Peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Tengku Razaleigh dalam wawancara dengan sebuah portal berita dilapor melabelkan PAS sebagai ‘pelacur politik’ yang perlu ditewaskan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau menyifatkan tindakan PAS dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini sebagai bukti parti berkenaan tidak boleh dipercayai.

Sementara itu pada program berasingan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata meskipun terdapat segelintir pihak melemparkan pelbagai tohmahan dan tuduhan, parti itu tetap sentiasa mengutamakan dan meneruskan usaha penyatuan Ummah yang telah diperjuangkan sejak sekian lama.

“Penyatuan Ummah ini yang pertama orang Islam, yang kedua (penyatuan) manusia. Mana yang ekstrem kita tolak. Kita bukan sahaja hendak satukan PAS dan UMNO tetapi semua sekali. Kita tidak terhad,” katanya.

Ditanya adakah kenyataan Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, itu dirasakan keterlaluan, Abdul Hadi sekadar berkata, “Itu terpulang kepada orang ramai untuk menila.”

Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, berkata demikian kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Chendering di sini hari ini.

Pemimpin berusia 74 tahun itu merupakan antara penerima vaksin COVID-19 tertua di Malaysia bagi fasa pertama ini selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 96, di samping isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, 95. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi