web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Pembantu Tukang Masak Kena Kompaun RM10,000, Tidak Wujud

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 7:35AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dakwaan berhubung kompaun pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikeluarkan di Kampung Rapat di sini yang dipaparkan di laman sosial Facebook 'Kuan Chee Heng' hari ini, adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata semakan pihaknya mendapati tiada kompaun seperti didakwa telah dikeluarkan oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB dalam kalangan polis daerah Ipoh setakat ini.

"Semakan lanjut dengan pemilik facebook Kuan Chee Heng juga mendapati bahawa individu yang mendakwa dikompaun, gagal dihubungi melalui nombor telefon yang diberikan oleh pemilik akaun laman sosial berkenaan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan yang ditularkan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Tular dakwaan pembantu tukang masak kena kompaun RM10,000
Tular dakwaan pembantu tukang masak kena kompaun RM10,000

Beliau berkata satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Polis Balai Kampung Rapat mengenai perkara yang tular itu bagi menyiasat kejadian.

Status yang dimuat naik itu turut dikongsikan laman sosial facebook 'Najib Razak' dan mendapat perhatian ramai.

Status itu mendakwa seorang pembantu tukang masak dikenakan kompaun RM10,000 semasa keluar menerusi pintu belakang restoran berkenaan untuk menghisap rokok, dan dia tidak dapat mengirimkan wang kepada ibunya berikutan terpaksa berhutang dengan pihak restoran bagi membayar kompaun berkenaan, dan gajinya turut dipotong untuk membayar hutang.

Asmadi mengingatkan agar segala isu berkaitan tindakan undang-undang oleh pihak polis disalurkan dengan betul dan tidak disebarkan dengan sewenangnya di media sosial tanpa disokong fakta sebenar bagi mengelak penyebaran maklumat palsu.

"Saya ingin menegaskan bahawa pihak polis sentiasa menjalankan amanah penguatkuasaan undang-undang dengan adil dan profesional khususnya dalam mengawal penularan wabak COVID-19 melalui tindakan yang tegas,” katanya. - Bernama 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang