web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1.4 Juta Individu Tidak Lengkapkan Pendaftaran Vaksin Di MySejahtera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 3:08PM

1.4 juta individu MySejahtera tidak lengkapkan pendaftaran untuk terima suntikan vaksin COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kira-kira 1.4 juta individu yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 didapati tidak melengkapkan pendaftaran mereka, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, mereka hanya mengisi nama dan nombor kad pengenalan untuk pendaftaran penerimaan suntikan vaksin namun tidak menjawab soalan penilaian kesihatan serta melengkapkan alamat terkini masing-masing. 

“Alamat terkini perlu diisi kerana proses temu janji akan diberikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.

“Kita tidak ambil alamat di kad pengenalan kerana ramai yang tidak tinggal di alamat yang tertera di kad itu,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini hari ini, bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy yang Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata mereka yang tidak melengkapkan pendaftaran di MySejahtera akan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula hari ini bagi meminta mereka melengkapkan pendaftaran di aplikasi berkenaan. 

Menurutnya, setakat ini, lebih lima juta individu telah mendaftar untuk menerima suntikan melalui aplikasi MySejahtera, manakala 44,399 individu pula mendaftar melalui laman web dan call centre.

“Mengikut ratio pendaftaran kepada populasi sasaran daripada di MySejahtera, ini meliputi 22.8 peratus daripada penduduk disasarkan dan bilangan temu janji telah dikeluarkan adalah  391,877 untuk fasa pertama,” katanya. 

Khairy berkata setakat ini, 301,699 telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan antara penerima itu adalah jururawat (23.86 peratus); doktor (22.23 peratus); kumpulan kesihatan lain (23.40 peratus); tentera, polis dan lain-lain (21.33 peratus) dan hanya 0.11 peratus melibatkan anggota pentadbiran iaitu 302 orang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tangani Masa Menunggu Lama, KKM Perluas Sistem Temu Janji MySejahtera

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Pengundi Positif COVID-19 Perlu Lapor Dalam MySejahtera, Dapatkan Garis Panduan Mengundi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

MySejahtera Diurus Bahagian Baru KKM Agar Operasi Lebih Teratur

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PAC Syor MySejahtera Dimiliki Sepenuhnya Kerajaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah