web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Caj Suntikan Vaksin Di Fasiliti Swasta Terlibat Program Imunisasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 4:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Individu yang mendapat temu janji suntikan vaksin COVID-19 di hospital atau klinik swasta yang terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tidak perlu membayar sebarang caj, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

"Caj tersebut ditanggung oleh kerajaan," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan program imunisasi itu, di sini hari ini.

Memperincikan perkara itu, Khairy berkata Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 ditetapkan berdasarkan kepada alamat yang didaftarkan individu melalui aplikasi MySejahtera.

“Kalau pusat suntikan vaksin yang berhampiran dengan alamat yang diberikan adalah hospital swasta maka mereka akan ke hospital swasta. (Semuanya) berdasarkan lokasi sebab kami mahu memudahkan program imunisasi ini,” katanya.

Mengenai perkembangan skim darurat iaitu Tabung Mudarat Vaksinasi Kebangsaan bagi pembayaran pampasan kepada mereka yang menghadapi kesan sampingan selepas suntikan vaksin COVID-19, Khairy berkata perkara itu akan dibincangkan Rabu ini dalam mesyuarat Kabinet dan keputusannya dijangka diumumkan Isnin depan. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi