web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1,200 Petugas Barisan Hadapan Mulai Terima Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 5:00PM

Peter Umbuas antara yang menerima suntikan vaksin COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seramai 1,200 petugas barisan hadapan, di sini dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 pertama, bermula hari ini.

Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Tawau, Arnold Joibi berkata, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Tawau itu dijangka berlangsung selama tiga hari membabitkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia  (PDRM), Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Majlis Perbandaran Tawau, Jabatan Penjara Malaysia dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Program ini akan berterusan dari semasa ke semasa bagi membolehkan semua pihak termasuk orang ramai menerima suntikan terbabit berdasarkan jumlah vaksin yang dibekalkan.

"Orang ramai akan diberikan suntikan di sembilan lokasi yang sudah dikenal pasti seperti Dewan Masyarakat Tawau, Dewan Yuk Chin dan Dewan Sri Balung," katanya.

Terdahulu Arnold bersama Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas, Penyelia Pusat Kuarantin IPG Tawau, Kapten (APM) Hussien Mohd Nor dan Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran menerima suntikan vaksinCOVID-19 di Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Navindran menggesa penduduk di daerah ini segera mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera bagi membolehkan mereka menerima suntikan vaksin COVID-19.

"Saya berharap lebih ramai penduduk tampil mendaftar suntikan vaksin di aplikasi berkenaan.

"Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan juga boleh turun padang membantu ahli atau komuniti mereka untuk mendaftar penerimaan suntikan vaksin COVID-19," katanya.

Tambah Navindran, selepas pendaftaran dilakukan, orang ramai akan dimaklumkan lokasi untuk suntikan dilakukan. – Getaran, 15 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki