web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akta 446: 59 Majikan Berdepan Tindakan Mahkamah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 5:55PM

M Saravanan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kira-kira 59 majikan bakal didakwa di mahkamah di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) Pindaan 2019, bulan ini susulan 124 kertas siasatan yang telah dibuka, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Antara pertuduhan yang bakal dikenakan adalah mengikut Seksyen 24D, Seksyen 24H, Seksyen 24J, dan Peraturan 3 dan Peraturan 4 di bawah Peraturan-peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Penginapan dan Penginapan Berpusat) 2020, katanya.

Pertuduhan bagi Seksyen 24D adalah ketiadaan perakuan penginapan dan Seksyen 24J pula gagal menyediakan penginapan berasingan untuk pekerja berlainan jantina.

Saravanan dalam sidang media di sini hari ini berkata siasatan kes melibatkan pelbagai sektor antaranya pembuatan sarung tangan getah dan perabot, pembinaan, peruncitan dan perkilangan di Semenanjung.

“Semua majikan dan penyedia penginapan berpusat yang masih belum lagi membuat permohonan Perakuan Penginapan diingatkan segera berbuat demikian bagi mengelakkan tindakan tegas di bawah Akta 446,” katanya.

Sebelum dipinda pada 2019, Akta 446 hanya mencakupi aspek perumahan dan penginapan pekerja sektor perladangan yang melebihi 20 hektar serta perlombongan, namun kini undang-undang tersebut dikuatkuasakan ke atas semua sektor selain memperuntukkan peraturan baharu berhubung standard perumahan dan kemudahan pekerja.

Sepanjang penguatkuasaan Akta 446 di bawah pindaan Ordinan Darurat pula, Saravanan berkata sebanyak 3,256 majikan telah diperiksa melibatkan 17,576 penginapan bagi tempoh 26 Februari hingga 11 Mac lepas, dengan lapan kertas siasatan telah diberi izin kompaun.

Ordinan Darurat yang berkuat kuasa sejak 26 Februari lalu antara lain mengeluarkan arahan kepada majikan dan penyedia penginapan berpusat untuk menyediakan penginapan sementara kepada pekerja bagi mana-mana penginapan yang difikirkan tidak sesuai dan tidak selamat untuk didiami manusia.

Majikan dan penyedia penginapan berpusat yang gagal mematuhi arahan tersebut boleh didenda sehingga RM200,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

“Kami masih memberi ruang kepada syarikat untuk memperbaiki kelemahan mereka dengan mengambil kira kelembapan ekonomi akibat COVID-19. Apabila kami telah menyediakan kertas siasatan, kami juga meneliti dan memperhalusi kedudukan kewangan syarikat terbabit,” kata Saravanan. - Bernama 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah