web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bazar Ramadan 2021 Mungkin Akan Dibenarkan - Zuraida

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 4:42PM

Bazar Ramadan pada tahun ini mungkin dibenarkan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih kemas dan efisien. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin membayangkan penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini mungkin dibenarkan, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih kemas dan efisien.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak lama lagi, dengan kementeriannya sekali lagi akan meneliti SOP apabila bermesyuarat dengan MKN.

“Saya lihat tidak ada masalah, sebab pasar dan pasar malam sudah dibuka. InsyaAllah boleh dilaksanakan (bazar Ramadan),” katanya selepas melancarkan Aplikasi Robotik Kecerdasan Buatan bersama-sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di Pasar Ayam Amanjaya, di sini, hari ini.

Sebelum ini Wilayah Persekutuan dan kerajaan Negeri Sembilan, yang merupakan kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB), pada dasarnya bersetuju membenarkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini, namun masih menunggu keputusan muktamad daripada MKN.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula dilaporkan telah menerima 1,600 permohonan berniaga untuk bazar Ramadan dan hanya menunggu kebenaran daripada kerajaan negeri yang juga mendapat nasihat daripada MKN. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi