web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Denda Lebih Berat Terhadap Pembuangan Sampah Haram, Mampu Elak Banjir Buruk

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 9:02PM

Beberapa pihak mencadangkan supaya pihak berkuasa mempertimbangkan untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu atau pesalah yang mengambil mudah perkara melibatkan pembuangan sampah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan sisa dan alam sekitar mencadangkan denda lebih berat dikenakan bagi pelupusan dan pembuangan sampah secara haram untuk mengurangkan kesan banjir kilat di negara ini.

Cadangan itu adalah antara idea dicetuskan pihak berkenaan bagi merangsang perubahan tingkah laku dalam kalangan rakyat Malaysia secara meluas yang kini bergelut dengan banjir buruk luar jangka di beberapa negeri baru-baru ini, terutama di Lembah Klang.

Pihak berkepentingan itu juga mahu kerajaan mempertimbangkan untuk mengenakan bayaran bagi pelupusan sisa berlebihan.

Walaupun ‘kadar hujan luar biasa’ didakwa sebagai penyebab banjir pada minggu ini, Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEB), Ramli Tahir berkata, sampah yang tersumbat dalam sistem perparitan, memburukkan situasi bah Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau berkata, pihak berkuasa wajar mempertimbangkan untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu atau pesalah yang mengambil mudah perkara (pembuangan sampah) itu.

“Terdapat industri dan syarikat yang menghasilkan sisa pembuangan ini, tetapi kontraktor pelupusan mahu mengaut keuntungan lebih besar dengan membuang sisa terbabit di tempat tidak sepatutnya seperti sungai,” katanya.

Ramli mendedahkan, walaupun KDEB dianugerahkan kontrak pengurusan sisa dari 12 pihak berkuasa tempatan bernilai RM500 juta setahun, sektor pembersihan dan pelupusan awam di negeri berkenaan menelan belanja sekitar RM650 juta.

Beliau juga menggesa kerajaan Persekutuan dan negeri memperuntukkan dana lebih besar untuk projek tebatan banjir, seperti melebarkan laluan air dan menambah sistem saliran air hujan bawah tanah.

Pada masa sama, Ramli berkata, pihak berkuasa, sama ada kerajaan negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasaan lain, harus mempertimbangkan hukuman lebih berat sebagai amaran tegas kepada orang ramai.

Mengulas mengenai tindakan netizen menyalahkan pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat pengurusan sisa, antaranya Alam Flora Sdn Bhd dan KDEB, Ramli berkata ia tidak adil kerana pihak berkenaan berkhidmat kepada jutaan orang yang menghasilkan sisa itu.

“Jumlahnya jauh lebih besar daripada pemain dan pekerja industri (pengurusan sisa).

“Ini tidak berlaku di Malaysia, namun orang ramai mengharapkan kerajaan atau KDEB untuk membersihkan semuanya tanpa sebarang kos,” katanya.

Ramli berkata, seluruh komuniti bukan sahaja kerajaan dan syarikat pengurusan sisa pepejal, bertanggungjawab memastikan alam sekitar bersih dengan kitar semula antara langkah boleh dipraktikkan.

Perunding alam sekitar, Geetha P Kumaran, berkata isu membabitkan pembuangan sampah haram perlu ditangani dengan perubahan tingkah laku secara menyeluruh.

“Perubahan ini perlu berlaku di peringkat individu dan pihak berkuasa tempatan secara kolektif termasuk membabitkan mekanisme pelupusan sampah.

“Ia ibarat jurang yang dilihat sukar ditutup,” katanya.

Geetha yang juga juruaudit dan perunding penilaian impak alam sekitar berkata, biarpun beliau bersetuju dengan cadangan denda lebih tinggi, hukuman itu dilihat sukar dilaksanakan.

“Namun bagi kami, isu lambakan sampah di lot persendirian dan dalam kalangan lori pelupusan tidak berlesen, masih boleh ditangani,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa seharusnya memberi tumpuan kepada pesalah ‘lebih besar’, berbanding individu kerana ia disifatkan sebagai tugas mustahil.

Geetha yang juga penduduk Petaling Jaya dan terbabit dalam mengawasi pengurusan sisa pepejal di kawasan perumahannya berkata, sistem pengurusan sisa pepejal di Selangor adalah terbaik.

Justeru, katanya DBKL juga boleh mempraktikkan pendekatan dicadangkan di Kedah dan Perlis yang mana syarikat pengurusan sisa pepejal menggunakan motosikal untuk mengutip sampah di kawasan sukar diakses kenderaan besar.

Berkongsi pandangan serupa seperti Ramli, Geetha berkata, perubahan tingkah laku perlu dilaksanakan kerana rakyat Malaysia sering dikaitkan dengan pembaziran.

“Kita sebagai individu perlu memikirkan cara untuk mengurangkan sisa sampah kerana setiap hari, kita menghasilkan antara 1.5 hingga 1.5 kilogram sampah. Bagaimana jika dibandingkan dengan sisa pembuangan dihasilkan orang lain di Asia?

“Di Denmark, jumlah sisa sampah yang dihasilkan adalah terkawal. Jadi, berapa banyak sisa buangan tidak boleh dikitar semula dibenarkan bagi setiap isi rumah,” katanya.  – The Vibes, March 10, 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka