web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Undi 18 Wajar Dilaksana, Bantu Pemimpin Pelapis Persiapkan Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 8:02AM

Seorang wanita menunjukkan jarinya yang dicalit dakwat selepas mengundi pada PRU ke-14 di Kuala Lumpur pada 9 Mei 2018. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sering diungkapkan bahawa golongan belia adalah penentu masa depan masyarakat dan negara.

Pentingnya belia bukan sahaja terletak kepada bilangan mereka yang ramai, tetapi juga dari segi peranan sebagai kesinambungan antara generasi.

Atas konteks itu, sewajarnya golongan terbabit dipandang tinggi sebagai barisan pemimpin pelapis, namun persoalannya, mampukah transisi itu dipacu dengan baik, sekali gus menzahirkan penambahbaikan yang diharapkan?

Bagaimana pula jika pewaris negara ini gagal melangkaui pencapaian pemimpin sebelum, dek kurangnya pengalaman atau hanyut dalam nafsu kuasa tak berkesudahan?

Tinjauan Getaran di sekitar ibu kota mendapati, sebahagian besar rakyat bersetuju sekiranya kerajaan memberi peluang kepada anak muda mempersiapkan diri untuk mengalas tugas sebagai pemimpin.

Persediaan sedari awal itu menurut mereka, bukan sekadar membantu golongan terbabit lebih bersedia, tetapi menawarkan satu kelebihan buat kerajaan sedia ada untuk tampil dengan lebih banyak pilihan dan ‘pelan kecemasan’, seandainya apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan.

Pesara kerajaan, Abdul Rahim Ahmad, 60, berkata, perkembangan generasi muda  dalam semua aspek pembangunan,  termasuk yang berkaitan dengan modal insan menjadi keutamaan kerajaan pada masa ini.

Abdul Rahim Ahmad
Abdul Rahim Ahmad

Jelasnya, ramai anak muda tempatan berpotensi menjadi pemimpin yang hebat jika diberi peluang dan digilap dengan cara betul.

“Generasi muda ini ialah pelapis pada masa akan datang. Jika mereka mempunyai idea dan bakat yang bagus, maka pemimpin veteran wajar menerima pendapat itu.

“Mereka ini akan menjadi aset negara paling bernilai, sekiranya dapat dilentur dengan cara yang betul,” katanya ketika ditemui Getaran.

Pendapat sama turut dikongsi Aisha Rosalam, 26, yang merupakan pelajar jurusan undang-undang di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menurut Aisha, anak muda sepertinya wajar  diberi ruang yang luas untuk turut serta  dalam arena politik bagi berkongsi kemahiran kepimpinan, keusahawanan dan teknikal melalui organisasi serta aktiviti berpersatuan.

“Kita dapat lihat ada perubahan dalam corak kepimpinan dan penerimaan generasi muda, apabila sikap keterbukaan telah membawa belia menembusi barisan kepimpinan sesebuah organisasi.

“Pemimpin terdahulu memang diperakui kehebatan mereka tetapi golongan belia pelapis juga tidak harus lemah semangat untuk cuba memimpin,” tegas Aisha.

Aisha Rosalam
Aisha Rosalam

Ditanya mengenai cadangan untuk membenarkan belia berusia 18 tahun mengundi, gadis manis itu dengan pantas bersetuju dan berkata, peranan generasi muda dalam memilih barisan pemimpin negara tidak wajar diketepikan.

Katanya, Undi 18 juga perlu dilaksanakan kerana ia adalah antara perincian yang terkandung dalam manifesto kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tiga tahun lalu.

“Saya rasa tidak wajar Undi 18  dihalang, kerana faktor umur bukan kayu pengukur.

“Saya amat berharap perancangan itu diteruskan oleh kerajaan,” katanya.

Sementara itu, penghantar makanan, Nur Rizzham Norman, 25, berkata, perspektif golongan muda adalah amat penting dalam membantu pembangunan dan pembentukan negara.

Katanya, golongan belia ialah asas sebenar serta tulang belakang kepada keutuhan atau kekuatan sesuatu bangsa dan negara.

“Sebagai generasi muda, kami wajar diberi hak dan kepercayaan untuk menentukan masa depan, dengan mengambil kira cabaran yang dihadapi golongan belia,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa tidak setuju jika keputusan melaksanakan undi 18 tahun ini dibatalkan kerajaan.

Hakikatnya, kebenaran mengundi untuk belia berusia 18 tahun bukan senario luar biasa, kerana ia adalah amalan oleh majoriti negara di dunia yang mengamalkan sistem demokrasi sejak sekian lama.

Nur Rizzham Norman
Nur Rizzham Norman

Baru-baru ini Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dalam satu kenyataan berkata, kelayakan mengundi pada pilihan raya umum di usia 18 tahun yang sepatutnya berkuatkuasa Julai ini tidak wajar diteruskan, walaupun Dewan Rakyat sudah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Kenyataan itu pantas mengundang kecaman ramai, termasuk dari kalangan ahli politik sendiri yang menyifatkan Rais menghina ketetapan dibuat sidang Dewan.

Susulan kenyataan Rais, ramai pihak tampil menyeru kerajaan agar segera menyatakan pendirian mereka, bagi menjelaskan duduk perkara sebenar berhubung isu berkenaan.

Natijahnya, lebih awal belia diberikan hak untuk terlibat di dalam proses demokrasi, semakin cepat jugalah mereka bersedia menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin masa hadapan negara.

Namun, adakah ia berjaya dilaksanakan tanpa disekat dan dihalang oleh mana-mana pihak dan entiti? Tepuk dada tanya selera, masa jua penentu jawapannya. - Getaran, 17 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang