web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dos Kedua Vaksin Pfizer Penting Untuk Penghasilan Antibodi Optimum

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 2:27PM

Dr Noor Hisham

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengambilan dos kedua vaksin COVID-19 Comirnaty (Concentrate for Dispersion for Injection) keluaran Pfizer-BioNTech penting untuk peningkatan ketara antibodi bagi membolehkan keberkesanan jangka panjang seseorang penerima.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kelewatan mendapatkan dos kedua mungkin akan melambatkan penghasilan antibodi yang optimum.

“Berdasarkan pemerhatian dalam kajian klinikal, keberkesanan vaksin Comirnaty telah ditunjukkan bermula dari hari ke-12 selepas pemberian dos pertama dan mencapai kira-kira 89 peratus keberkesanan di antara hari ke-14 dan 21, iaitu pada masa dos kedua akan diberikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pada masa ini, keberkesanan jangka panjang untuk pemberian satu dos vaksin Comirnaty tidak diketahui kerana penerima vaksin dalam kajian klinikal tersebut menerima dua dos dengan selang masa antara 19 hingga 42 hari.

Dr Noor Hisham berkata demikian bagi menjelaskan berkenaan pemberian dua dos vaksin Comirnaty tersebut.

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan kajian klinikal fasa 3 yang melibatkan suntikan dua dos dengan selang masa 21 hari (selang masa dibenarkan adalah sehingga 42 hari), tahap keberkesanan vaksin Comirnaty ialah pada 94.6 peratus dalam mencegah jangkitan SARS CoV2 bergejala.

Bagaimanapun, Strategic Advisory Group of Experts on Immunization (SAGE) daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar dos kedua diberikan selepas 21-28 hari daripada dos pertama, katanya.

Beliau menambah, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan terhadap vaksin yang digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut sentiasa terjamin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Dr Noor Hisham Dilantik Sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan USCI

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Dr Muhammad Radzi KP Baharu Kementerian Kesihatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwaan Wujud Aktiviti Jual Beli Organ Perlu Dianggap Serius – KKM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi