web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Sarung Tangan Tumpas, Perdaya Pembeli Jutaan Ringgit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 4:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan permintaan terhadap peralatan keselamatan seperti pelitup muka dan sarung tangan bukan sekadar membantu peniaga menjana pendapatan, tetapi turut membuka ruang kepada penjenayah untuk memperdaya pengguna.

Di kala golongan peniaga bersyukur dengan rezeki tambahan ini selepas terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, penjenayah pula bijak menggunakan ruang menerusi penjualan produk yang sama sekali tidak wujud.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, sehingga 14 Mac 2021, pihaknya menerima 98 laporan membabitkan sindiket penjualan sarung tangan tidak wujud, dengan jumlah kerugian amat besar iaitu RM120.8 juta.

Katanya, sindiket yang didalangi warga tempatan ini mendakwa menggunakan kaedah memproses dan membungkus semula sarung tangan terpakai untuk dijual di pasaran, sedangnya hakikatnya ia tidak wujud sama sekali.

“Susulan laporan, JSJK pada Isnin lalu melancarkan beberapa  serbuan berasingan di Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur, serta menahan 10 individu termasuk seorang wanita warga Mongolia yang dipercayai terbabit dalam kegiatan ini.

“Hasil siasatan mendapati, sindiket berselindung di sebalik nama syarikat pengeluar sarung tangan terkemuka negara untuk mempromosikan jualan, dan seterusnya memperdaya pembeli dari dalam serta luar negara.

“Sindiket kemudian memberikan pelbagai alasan sehingga pembeli perlu melakukan pembayaran keseluruhan bernilai jutaan ringgit sebelum gagal dihubungi dan menghilangkan diri,” katanya hari ini.

Turut dirampas dalam operasi itu adalah 12 unit telefon bimbit, 14 keping kad ATM, satu unit peranti pintar, dua buku cek, lapan set pelbagai dokumen, tiga kenderaan, satu dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan wang tunai RM6,106.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA). - Getaran, 18 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki