web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuba Menangkap Ikan Guna Bom, 3 PATI Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 4:55PM

Suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BELUD - Padah cuba menangkap ikan menggunakan bahan letupan, tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan dalam Op Gelora Khas, di Perairan Taburan, dekat sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu, Asisten Superintendan (ASP) Roslan Awang menerusi kenyataan media hari ini, berkata, pihaknya berjaya mengesan dua bot pam berlegar di kawasan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik mengesan kehadiran pihak berkuasa, dua bot dinaiki lima individu itu memecut ke Pulau Silad dipercayai dalam usaha melarikan diri.

“Bagaimanapun, PPM berjaya memintas sebuah bot pam berkenaan yang dinaiki tiga lelaki,” katanya.

Tambah Roslan, pemeriksaan lanjut dilakukan berjaya menemui beberapa peralatan, disyaki digunakan untuk aktiviti mengebom ikan iaitu dua unit peledak, baja ammonium nitrat, empat botol kaca dan 10kg ikan.

Bom ikan dan beberapa peralatan lain dirampas bagi membantu siasatan.
Bom ikan dan beberapa peralatan lain dirampas bagi membantu siasatan.

“Manakala, sebuah bot lagi yang berada berhampiran pulau sama dan dua individu dikesan melarikan diri ke pesisir pantai.

“Pemeriksaan turut dilakukan dalam bot dan berjaya menemui beberapa bahan letupan bersama gogal, jaring, dan 5kg ikan," katanya.

Menurut Roslan, tiga suspek berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditahan.

“Semua bahan letupan, enjin, hasil tangkapan dan bot dianggarkan bernilai RM32,000 dirampas bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan racun atau bahan letupan,” katanya. - Getaran, 18 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki