web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Setahun Ditawan Abu Sayyaf, 3 Nelayan Indonesia Akhirnya Bebas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 4:54PM

Tiga nelayan Indonesia yang menjadi tebusan iaitu (dari kiri) Arizal Kasta Miran, Arsad Dahlan dan Andi Riswanto dibebaskan. - Gambar The Star/Asia News Network

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Selepas lebih setahun menjadi tawanan mangsa penculik Kumpulan Abu Sayyaf di Tambisan, Lahad Datu, dekat sini, tiga nelayan warga Indonesia berjaya diselamatkan pihak berkuasa Filipina, Khamis lalu.

Mangsa, Arizal Kasta Miran, 30, Arsad Dahlan, 41, dan Andi Riswanto Hayano, 26, yang berada dalam keadaan sihat berjaya diselamatkan di Pulau Tawi-Tawi, Filipina.

Mereka dijangka dibawa di Zamboanga sebelum diterbangkan ke Manila, Filipina untuk proses penerbangan pulang ke Indonesia.

Kesemua mangsa ialah tiga tebusan yang berjaya diselamatkan pihak berkuasa Filipina, serentak dengan penahanan seorang lelaki tempatan, disyaki ahli kumpulan militan terbabit.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan identiti tiga tebusan itu sebagai kumpulan nelayan yang diculik dari Tambisan, Lahad Datu, 16 Januari tahun lalu.

"Mereka adalah antara lima nelayan warga Indonesia yang berasal dari Kabupaten Wakatobi, Sulawesi Tenggara," katanya.

Dalam kejadian Januari tahun lalu, lima nelayan diculik manakala tiga yang lain dibebaskan selepas kapal mereka dilaporkan hilang.

Kapal nelayan terbabit yang berdaftar di Sandakan itu, ditemui di perairan Tangusu Bay, iaitu lokasi berhampiran kejadian penculikan sebelumnya.

Sebelum itu, tiga nelayan warga Indonesia, Muhamad Farhan, 27, bapanya, Maharudin Lunani, 48, dan sepupunya, Samiun Maneu, 27, diculik dari perairan Tambisan, Lahad Datu, pada 23 September 2019 ketika menangkap ikan di kawasan perairan Tambisan.

Maharudin dan Samiun diselamatkan tentera Filipina pada 22 Disember 2019 manakala Muhamad Farhan pula diselamatkan Rabu lalu di perkampungan Barangay, Bato-Bato, Indanan, Fililina, sebulan kemudian. – Getaran, 21 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki