web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Tahun Tanpa Sambutan, Rakyat Lepas Geram Hadir Majlis PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 1:32PM

Ismail Sabri bersama isteri melayani orang ramai yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2022 di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pintu pagar Kompleks Seri Perdana dibuka lebih awal iaitu pada 9.30 pagi hari ini, susulan kehadiran luar biasa pengunjung ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri 2022.

Terdiri daripada pelbagai latar belakang, mereka mulai membanjiri kawasan kompleks berkenaan seawal 7.30 pagi dan beratur di bawah khemah disediakan untuk menunggu giliran, sebelum dibenarkan masuk ke Laman Sari iaitu lokasi majlis tersebut.

Orang ramai beratur seawal 7.30 pagi untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2022. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Orang ramai beratur seawal 7.30 pagi untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2022. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Tinjauan Getaran mendapati, kehadiran orang ramai semakin meningkat kira-kira jam 9.30 pagi dan kawalan pihak berkuasa serta petugas membantu melicinkan pergerakan.

Sebaik bergerak ke khemah utama yang menyediakan pelbagai juadah, orang ramai berpeluang bertemu Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Ismail Sabri yang mengenakan baju melayu berwarna merah lembayung lengkap bersongkok dan bersamping serta isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di khemah utama Laman Sari pada jam 10 pagi dan terus menyantuni tetamu serta bersalaman bersama rakyat.

Seorang kanak-kanak lelaki menerima duit raya di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2022 di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Seorang kanak-kanak lelaki menerima duit raya di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2022 di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Antara menteri Kabinet yang turut menyantuni dan meraikan tetamu ialah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili serta Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Antara orang ramai dari pelbagai kaum yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2022. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Antara orang ramai dari pelbagai kaum yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2022. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Program terbabit turut dihadiri Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Perpaduan, Datuk Seri Halimah Sadique serta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong.

Seorang pekerja swasta, Halim Naim, 53 yang ditemani isteri berkata, mereka tiba dari Bandar Baru Sentul kira-kira 9.30 pagi tadi bagi menghadiri majlis rumah terbuka tersebut kerana rindu suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri sebelum pandemik COVID-19.

Halim Naim
Halim Naim

Walaupun perlu beratur hampir sejam, perkara itu tidak menjadi masalah kerana gembira dapat menikmati suasana bersama pemimpin kerajaan dan tetamu lain yang turut hadir.

“Saya sangat teruja sebab dua tahun dah tiada rumah terbuka hari raya dan bila tahu Perdana Menteri akan adakannya tahun ini, (saya) terus ajak isteri pergi.

“Memang penat beratur panjang tapi saya puas hati sebab akhirnya kemeriahan beraya begini dapat dirasai semula setelah dua tahun terkurung pandemik COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Pelatih Insuran, Bahiyah Mohd Kassim, 51 berkata, beliau selaku pengunjung tegar Seri Perdana teramat merindui suasana di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang telah dihadiri lebih daripada lima kali.

Beliau yang hadir sejak jam 11 pagi tadi berkata, sambutan Aidilfitri berkonsepkan keluarga Malaysia ini amat bermakna sekali kerana ia menterjemahkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Selain untuk datang makan, bagi saya ini adalah saat yang menggembirakan kerana kita semua daripada pelbagai kaum dapat hadir ke rumah terbuka sempena Hari Raya.

“Nampak seolah-olah orang membalas dendam untuk datang ke sini kerana sambutannya memang meriah.

“Yalah, dua tahun kita umat Islam tak dapat sambut raya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19,” katanya.

Bahiyah Mohd Kassim
Bahiyah Mohd Kassim

Dalam pada itu seorang pengunjung, Ng Wook Chan, 61, berkata, dia bersama keluarga hadir ke rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri mulai jam 9 pagi tadi.

“Di sini kami dapat menikmati pelbagai makanan seperti lemang dan ketupat bersama masyarakat Melayu yang merayakan Aidilfitri selain bertemu dengan Perdana Menteri.

“Kami amat teruja sekali dan berharap sambutan hari raya seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya yang datang dari Kajang seawal jam 8.30 pagi.

Pelancong dari Jepun turut sama ingin merasai kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2022 di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Pelancong dari Jepun turut sama ingin merasai kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2022 di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri tidak dapat diadakan sebelum ini kerana pandemik COVID-19.

Kali terakhir ia diadakan adalah pada 2019 yang dihoskan oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan Kabinet beliau.

Terdapat tiga laluan disediakan untuk pengunjung untuk memasuki Kompleks Seri Perdana termasuk satu laluan khas warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu mengandung.

Petugas keselamatan turut mengulangi peringatan mengenai barangan yang dilarang dibawa masuk ke kawasan Seri Perdana antaranya payung dan gunting.

Pengunjung juga perlu menjalani pemeriksaan imbasan tubuh sebelum dibenarkan masuk. - Getaran, 8 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Rumah Terbuka Premier Sarawak Jadi Tumpuan Pelbagai Kaum

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri, Saya Mahu Ikuti Majlis Lebih Kecil’ - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 20 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang