web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri, Saya Mahu Ikuti Majlis Lebih Kecil’ - PM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 12:54PM

Perdana Menteri ketika berucap di Perhimpunan Bulanan MOF di Putrajaya hari ini - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Perdana  yang lazim diadakan Perdana Menteri terdahulu tidak akan diadakan tahun ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sebaliknya akan mengikuti majlis-majlis yang lebih kecil di beberapa negeri atau anjuran kementerian.

Menurut beliau, keputusan itu diambil  untuk terus mendekati serta mendengar kritikan atau pandangan rakyat seluruh negara terkait pelbagai isu. 

“Saya tidak akan berganjak dari pendirian ini dan ruang ini akan saya manfaatkan untuk tujuan tersebut. 

“Saya sarankan kita semua untuk bersederhana dalam sambutan Aidilfitri akan datang,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya hari ini.

Jelas Perdana Menteri, golongan berkemampuan seharusnya mengambil pendekatan untuk berkongsi rezeki, sekali gus mendidik diri dengan sikap belas dan ihsan.

“Rezeki yang ada ini bukan semuanya milik kita. Kepada yang sedikit berkemampuan, mesti limpahkan rezeki kepada yang dalam lingkungan kita agar terdidik dengan sikap belas dan ihsan kepada yang tidak berkemampuan dan yang melarat,” katanya.

“Dalam berbaki kurang dari sepuluh hari ini, mari terus tingkatka n amal dan berusaha menggapai keberkatan madrasah ruhiyyah Ramadan,” katanya.

Perdana Menteri menarik perhatian, beliau turut mengingatkan ketua-ketua bahagian serta agensi bahawa mereka wajib mengambil tindakan yang tegas dan tuntas untuk membersihkan jabatan dari budaya kecurangan dan ketelanjuran.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menunjuk teladan baik kepada semua kerana budaya tatakelola yang baik harus dan mesti bermula dari atas. 

“Sejak mengemudi negara, Kerajaan MADANI dengan tegas mengutama reformasi institusi dan tatakelola yang baik bagi mengangkat nilai integriti dalam pentadbiran,” katanya. - Getaran, 2 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini