web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sambutan Luar Biasa Rumah Terbuka Bukti Keakraban Keluarga Malaysia - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 2:49PM

Ismail Sabri mengajak orang ramai memanfaatkan kemuliaan bulan Syawal dengan bermaafan secara ikhlas antara satu sama lain. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sambutan luar biasa ke atas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri membuktikan keakraban hubungan Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemeriahan itu membawa petanda bahawa keharmonian dalam kalangan rakyat tidak pernah sirna walaupun pelbagai dugaan datang melanda.

“Inilah keistimewaan sebagai keluarga besar Keluarga Malaysia, begitu akrab tanpa mengira kaum. Hari Raya Aidilfitri disambut meriah oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Begitu juga perayaan lain, hari ini semua hadir untuk mewakili kaum masing-masing yang saya lihat dapat menyatupadukan Keluarga Malaysia,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, hari ini.

Majlis dengan tema Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri itu merupakan rumah terbuka pertama Ismail Sabri dan Jemaah Menteri selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri, 20 Ogos tahun lalu.

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri tidak dapat diadakan sebelum ini kerana pandemik COVID-19.

Kali terakhir ia diadakan adalah pada 2019 yang dihoskan oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan Kabinetnya.

Terdapat tiga laluan disediakan untuk pengunjung untuk memasuki Kompleks Seri Perdana termasuk satu laluan khas warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu mengandung.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengajak orang ramai memanfaatkan kemuliaan bulan Syawal dengan bermaafan secara ikhlas antara satu sama lain.

“Bermaaf-maafan bukan setakat kata-kata tetapi mestilah tidak mengulangi kesilapan.

“Kita perlu gunakan sebaiknya bulan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri ini untuk rapatkan hubungan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan pulang ke mana-mana destinasi, selepas berakhir cuti Hari Raya Aidilfitri.

“Saya percaya jalan sesak dan mungkin ada yang akan mengantuk, pastikan badan segar sebelum memulakan perjalanan.

“Jika penat atau mengantuk, elok berhenti dahulu dan tidur sekejap dan jangan memaksa diri hingga membahayakan diri,” katanya. - Getaran, 8 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Rumah Terbuka Premier Sarawak Jadi Tumpuan Pelbagai Kaum

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri, Saya Mahu Ikuti Majlis Lebih Kecil’ - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka